Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Ekosistem Bangunan Digital (7 of 13): Trend Tanpa Tunai & Tanpa Sentuh Untuk Tempat Letak Kereta
Diterbitkan:  May 19, 2021 11:41 AM
Dikemaskini: May 24, 2021 6:33 AM

Sistem Pengurusan Tempat Letak Kereta dan Sistem Akses Tempat Letak Kereta adalah dua konsep yang berbeza. Tanpa pungutan bayaran tempat letak kereta, sebarang halangan tempat letak kereta atau pintu boom yang dipasang untuk mengawal pergerakan kereta akan berada di bawah Sistem Akses Tempat Letak Kereta; ia adalah sebahagian daripada kategori Sistem Kawalan Akses. Sebagai contoh, kebanyakan bangunan kediaman di Malaysia tidak memungut bayaran tempat letak kereta, tetapi bayaran letak kereta dikenakan untuk kedua-dua penyewa dan pengunjung bangunan komersial. Ringkasnya, Sistem Pengurusan Tempat Letak Kereta adalah Sistem Akses Tempat Letak Kereta ditambah dengan Sistem Pembayaran. Tetapi dalam perspektif yang lebih besar, Sistem Letak Kereta adalah salah satu komponen utama Ekosistem Bangunan Digital, sama ada bayaran tempat letak kereta dipungut ataupun tidak.

"Ketika kami melawat ke Indonesia untuk projek komuniti kediaman, pemaju memberitahu kami bahawa komuniti mereka masih menggunakan pengawal untuk mengumpulkan wang tunai bayaran tempat letak kereta serta masih mengeluarkan resit secara manual. Ketika saya mengerutkan kening, pembantunya mencelah, 'pengawal kami boleh dipercayai.' Bosnya tersenyum mendengar kenyataan itu dan berkata, 'tak semestinya kita tahu.'” Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec, mengingati lawatannya ke Jakarta pada akhir 2019.

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec

“Saya kemudiannya diberitahu bahawa tempat letak kereta tidak disediakan kepada pembeli rumah di Indonesia. Saya juga mendapati bahawa sistem pengurusan tempat letak kereta merupakan salah satu masalah utama pemaju di Indonesia untuk projek bangunan pintar digital secara keseluruhannya.”

Sebenarnya, sistem letak kereta manual sudah lama pupus di Malaysia, telah digantikan oleh pengeluar tiket automatik dan terminal pembayaran tunai di kebanyakan tempat letak kereta sejak dua dekad yang lalu. Pada masa ini, sistem pengurusan tempat letak kereta berada di persimpangan jalan, ianya sedang menuju ke transformasi digital untuk tempat letak kenderaan tanpa tunai dan tanpa sentuh.

"Syarikat kami aktif dalam pasaran kawalan akses sudah lebih dua puluh tahun; oleh itu akses tempat letak kereta bukanlah perkara baru bagi kami. Untuk melengkapkan Ekosistem Bangunan Digital kami, dan pada masa yang sama untuk merebut peluang transformasi tempat letak kereta, kami memulakan pembangunan sistem pengurusan tempat letak kereta berasaskan teknologi cloud empat tahun yang lalu. Tidak seperti tiket dan wang tunai yang menawarkan satu kaedah sahaja kepada semua pengguna; untuk urusan tanpa tunai dan tanpa sentuh, kita perlu mengurus pelbagai kaedah, campur dan padan, kerana tidak ada lagi hanya satu kaedah yang sesuai untuk persekitaran kita yang unik. Sebagai contoh, apabila menyebut tanpa tunai, kita mempunyai kad Touch 'n Go TNG, kad kredit, kad debit, eWallet; masing-masing mempunyai peminat masing-masing. Untuk memberi kemudahan kepada pengguna di mana mereka tidak perlu mencari mesin pembayaran untuk membayar tiket letak kereta mereka, kaedah tanpa tunai harus dipasang dan disatukan dengan sistem akses tempat letak kereta di pintu masuk dan keluar. Dan, itu menambah lagi kerumitan pada sistem tempat letak kereta. "

Teh menjelaskan, "Semua kaedah pembayaran ini mencapai objektif tanpa tunai. Tetapi, bila kita bercerita tentang tanpa sentuhan, semuanya gagal memberi kemudahan kepada pengguna kerana pengguna masih perlu menurunkan cermin tingkap kereta untuk mengimbas kad pada mesin atau menghidupkan telefon pintar untuk mengimbas kod QR di lorong masuk keluar tempat letak kereta. "

Dia menambah lagi, "Apakah pengalaman meletak kereta yang terbaik? Apabila pemandu tidak perlu melakukan apa-apa. Anda hanya perlu memandu masuk dan keluar dari tempat letak kereta dengan tidak melakukan apa-apa. Tidak perlu menurunkan cermin tingkap kereta, tidak perlu mengeluarkan kad dan telefon, dan tidak perlu membuat pembayaran secara fizikal walaupun secara elektronik."

"Pada masa ini, teknologi LPR (Pengenalan Plat Lesen) dan teknologi RFID secara teorinya seolah-olah dapat memenuhi syarat sistem tanpa sentuh yang ideal, tetapi secara praktikalnya masih bermasalah. Untuk tempat letak kenderaan kasual dengan pengunjung awam, bagaimanakah cara untuk menggalakkan pengguna memasang teg RFID pada kereta mereka? Siapa yang akan menampung kosnya? Dan adakah tempat letak kereta ini akan mempunyai label berlainan masing-masing? Semua ini tidak praktikal. Dan untuk LPR, ketepatan 100% tidak wujud dalam pengenalan plat kereta; apakah kaedah sandaran yang boleh diterima jika sistem gagal membacanya? Masalah terbesar perlaksanaan LPR di Malaysia adalah pengalaman masuk dan keluar yang lancar, dan diganggu oleh proses pembayaran di tengah-tengahnya. Semakin membebankan, pengguna sering ditahan di lorong keluar, perlu membuka cermin tingkap mereka dan mengimbas kad kredit atau Kad TNG sebelum boleh keluar. Ia tidak mencapai tujuan LPR, dan saya menggelarnya sistem separuh LPR. "

“Pengalaman meletak kenderaan yang terbaik adalah tanpa tiket, tanpa tunai, tanpa sentuhan dan tidak terganggu oleh proses pembayaran. Penghadang itu hanya untuk tujuan "hiasan". Mana-mana sistem front end tempat letak kenderaan yang dapat memenuhi syarat ini akan menikmati bahagian pasaran yang lebih tinggi. Dan saya yakin ia dapat dicapai dengan melihat kemajuan teknologi yang ada."

Kini, sistem back-end pengurusan tempat letak kereta cloud TimeTec telah disepadukan dengan Sistem TNG. Ia juga menghubungkan ke modul lain dalam Ekosistem Bangunan Digital TimeTec untuk operasi yang lengkap. Ini membolehkan data mengalir ke aktiviti berikutnya untuk meningkatkan automasi, keselamatan, dan berkemungkinan mewujudkan aliran pendapatan baru.

"Transformasi digital baru sahaja bermula dalam industri tempat letak kereta. Perjalanan ini akan memakan masa bertahun-tahun, dan kami bersedia untuk menyertainya bukan hanya untuk pasaran Malaysia tetapi juga di seluruh dunia," kata Teh Hon Seng.

Untuk demo PERCUMA dan khidmat runding, hubungi Kelvin Lim, Pengurus Bersekutu, Jualan dan Pemasaran TimeTec Parking Sdn. Bhd di [email protected] (012-6891180) atau talian Am di 03-80709933 dan emel [email protected].

Nantikan artikel Ekosistem Bangunan Komersial Pintar TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu! Klik di sini untuk artikel keenam siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/574363

Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/574361

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com, www.timetecbuilding.com

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. 

ADS