Anwar petik peribahasa Cina, gesa kemakmuran bersama
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memetik peribahasa Cina tentang bunga yang berkembang bersama bagi menegaskan kemajuan teknologi dan ekonomi tidak bermakna jika manfaatnya hanya dinikmati segelintir pihak.
Dalam ucaptama pada pelancaran Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) di Hangzhou, China, Anwar menyeru pembentukan ekonomi global yang lebih inklusif supaya negara, perniagaan dan rakyat dapat berkongsi manfaat transformasi digital.
“Saya memetik peribahasa Cina ini untuk menyeru kesedaran bahawa kemajuan tidak bermakna jika manfaatnya hanya dinikmati segelintir negara, syarikat atau golongan elit.
“Ekonomi digital yang kukuh dan mampan membolehkan semua negara mengambil bahagian, memberi ruang kepada perniagaan bersaing secara adil dan memperkasakan semua rakyat untuk mencapai kemakmuran bersama,” katanya.
/file/attachments/orphans/anwar1asde_928706.png)
Peribahasa Cina itu membawa maksud: “Sekuntum bunga yang mekar sendirian tidak berupaya menghasilkan musim bunga; (sebaliknya) apabila banyak bunga mekar bersama, barulah taman dipenuhi keindahan musim bunga.”
Presiden China Xi Jinping turut memetik peribahasa itu seawal 2013 dalam ucaptamanya pada Forum Boao untuk Asia, dan sekali lagi dalam ucapan di Unesco pada 2014 ketika membincangkan kepelbagaian serta pertukaran antara tamadun.
Baru-baru ini, media kerajaan China menyifatkan peribahasa itu sebagai ungkapan yang digunakan Xi untuk menggambarkan visinya mengenai pembangunan bersama, kepelbagaian dan keterangkuman.
Sementara itu, Anwar turut membangkitkan ketidakseimbangan akibat perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), yang menurutnya semakin melebarkan jurang antara negara kaya dengan negara membangun.
“Dalam keghairahan mengharungi pemodenan dan kemajuan teknologi, dunia tidak boleh membiarkan ketidaksamaan sosioekonomi terus membelenggu manusia.
/file/attachments/orphans/anwar13_589765.png)
“Ini bukan andaian yang direka-reka atau kebimbangan yang diperbesar-besarkan. Hakikatnya, ketidaksamaan dan amalan perdagangan tidak adil yang berpunca daripada jurang digital serta akses tidak seimbang kepada AI merupakan isu nyata dan mendesak,” tambahnya.
Anwar berkata sistem perdagangan global perlu kekal terbuka, di samping memelihara kuasa setiap negara untuk melindungi kepentingan nasionalnya.
“Pengarusperdanaan AI dan perdagangan digital berlaku ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi dan kecenderungan yang semakin meningkat untuk menjadikan teknologi sebagai senjata atas nama keselamatan negara.
“Oleh itu, saya menyokong pendirian Presiden Xi Jinping bahawa sebarang inovasi dan kemajuan teknologi akhirnya mesti membawa manfaat sebenar kepada seluruh manusia,” tambahnya.
Tanpa memihak dalam persaingan antara kuasa besar, Anwar berkata negara kecil mesti mempunyai keteguhan moral, keberanian dan keazaman untuk menyuarakan pandangan yang munasabah serta memperjuangkan perkara yang benar, adil, saksama dan berlandaskan etika.
“Malaysia kekal komited untuk memacu pengarusperdanaan AI dan memperkasakan kerangka ini dalam pelbagai sektor, daripada pembuatan, penjagaan kesihatan, pertanian dan logistik hinggalah pendidikan.
“Namun, matlamat utama kita amat jelas: segala kemajuan ini mesti berpaksikan nilai kemanusiaan, dengan etika dan tadbir urus kekal sebagai tunjang utama,” tambahnya.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/anwar1adesd_389413.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.