Tunjukkan bukti adanya ugutan ganas terhadap Dr Amina
Di awal tulisan saya, memang saya insafi bahawa ulasan seseorang mengenai sesuatu perkara akan diwarnai oleh fahaman dan prinsip yang dipegangnya. Saya cuba membawa pembaca melihat bahawa polemik mengenai peranan agama dalam menangani HIV/Aids tidak semudah "progressives lawan obscurantists" dengan menjelaskan siapakah mereka yang digelar "obscurantists".