Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Seniman AMANAH bantu Yazid Search
Diterbitkan:  Sep 21, 2015 8:52 AM
Dikemaskini: 1:06 AM

Amanah 'berbusking' bantu Yazid Search

Pemuda Parti Amanah Nasional (AMANAH) membuat kutipan di puluhan gerai makanan sekitar Shah Alam bagi membantu mengumpul sumbangan kepada lagenda rock negara, Yazid Ahmad.

Mereka juga mengajak beberapa kumpulan busker membuat persembahan ringkas sambil membuat kutipan pada Khamis dan Jumaat sebelum memulakan acara kemuncak konsert amal di Laman Budaya, Sabtu.

Kutipan spontan berjumlah RM5,090 itu kemudian diserahkan Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim kepada Yazid pada akhir konsert berkenaan.

Konsert amal itu dijayakan beberapa penyanyi terkenal era 1980-an, antaranya Mel Wings dan Tajul FTG, selain busker, Nik Jidan selain kumpulan anak muda Shah Alam.

Tidak ketinggalan legenda blues negara, Ito Mohd.

Majlis itu turut memperdengarkan sajak dideklamasi Amni Jagat.

'Banyak berhutang'

Yazid, 53, adalah pemain dram kumpulan Search yang menderita sakit buah pinggang sejak agak lama dan pernah terlantar di hospital dengan dijaga isterinya.

Baru-baru ini Pemuda AMANAH melawat Yazid dan daripada situ tercetus idea untuk mengadakan majlis amal bagi membantu meringankan beban ditanggung pemuzik terbabit.

Dalam pertemuan itu Yazid sendiri berkata beliau " banyak berhutang lagu " dengan peminatnya.

Beliau juga menyatakan azamnya untuk "membuat satu perkara yang mungkin dulu tidak pernah terfikir" olehnya.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin. berkata sebanyak RM9,050.80 dikumpulkan pihaknya, termasuk kutipan spontan yang dilakuan dua hari sebelum konsert berkenaan.

"Dana juga diperoleh daripada lelongan kemeja T pada konsert malam ini," katanya kepada Malaysiakini .

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, adalah antara tokoh yang turut membida - dan memenangi - lelongan kemeja-T berkenaan.

Sementara itu Yazid yang turut hadir di Laman Budaya Shah Alam menyataka rasa terharunya terhadap usaha dilakukan untuk membantunya itu berulang kali.

Dengan berkerusi roda, Yazid berkata dia tidak mampu membalas jasa "kawan-kawan semua dan penganjur".

"Hanya Allah mampu membalas kebaikan ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS