Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika perbualan semakin rancak, suasana di kaki lima di depan restoran di Bangsar pada malam itu juga semakin rancak.

Semakin ramai pelanggan datang dan semakin sibuk pelayan mengambil pesanan.

Sebahagian besar orang yang ada di situ memiliki telefon genggam dan menghabiskan banyak masa untuk melihat paparan peranti tersebut.

Ia adalah realiti semasa. Orang ramai kini sangat terikat kepada peranti terkini dan Internet.

Mengapa pula Ito Mohd dan Blues Gang masih mahu merakamkan album secara fizikal dan bukan menggunakan wadah kontemporari?

" Bro , ada berapa banyak kereta di negara kita ni dan setiap satu ada pemain CD (cakera padat), kan?

"Maknanya hardware (perkakasan) ada, orang masih guna. Cuma kita perlu sediakan bahan," katanya.

Antara major, minor

Menurut Ito kecenderungan pihak yang ada dalam industri hiburan tidak menghasilkan album secara fizikal mempunyai sebab tersendiri.

"Ini semua strategi syarikat rakaman," katanya.

Mengenai perkembangan seni dan hiburan Ito ada pendapatnya sendiri.

Bagi Ito kebanyakan lagu tempatan yang dicipta sekarang kurang menusuk ke jiwa disebabkan melodi dan genre yang dipopularkan.

Katanya lagu semasa dibuat tidak kena dengan jiwa orang Melayu.

"Lagu-lagu irama macam rap ni orang bandar saja ramai gemar.

"Bagi saya, jiwa orang Melayu sebenarnya ialah rock dan blues. Blues adalah genre terbaik dan tidak outdated (ketinggalan zaman)," katanya.

Ito juga bercakap mengenai kod dalam lagu. Bagi beliau kebanyakan lagu Melayu di negara ini menggunakan kod minor sedangkan pendekatan yang sesuai adalah kod major.

Di negara lain - termasuk Indonesia - katanya, mereka sudah menggunakan kod major.

"Lagu Cina, Indonesia, malah Hindi pun - semua major," katanya.

Satu lagi masalah, kata Ito, ialah pendedahan terhadap perkembangan semasa dunia hiburan.

Di negara ini, katanya, masyarakat mempunyai pilihan yang terhad untuk menonton program luar berbanding Indonesia yang membenarkan penggunaan parabola sejak sekian lama.

"Saya pun tak tahu kenapa (parabola dilarang). Di bahagian lain dunia ini mereka menikmati perkembangan dunia dengan bebas," katanya.

Bahagian 1 - Ito: Kalau Mahathir dulu jangan harap...

Bahagian 2 - Ito kecewa PRU-13 gagal ubah Malaysia

Lihat Komen
ADS