Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Adakah Ito Mohd kini berubah menjadi 'pengampu' (mengambil istilah mudah kalangan pembual politik) kepada kerajaan?

Tentulah tidak. Ito adalah seorang seniman yang bersahaja dan tahu apa yang diperkatakannya. Beliau bukan orang yang buta dalam politik.

"Saya kecewa," katanya diajak berbual tentang suasana politik negara.

Mempopularkan lagu Turun Naik bersama Blues Gang, Ito berkata Malaysia berpeluang untuk menukar kerajaan melalui pilihan raya umum ke-13 lalu.

Antara isu yang berpotensi (dan berpengaruh) untuk memenangi hati pengundi adalah janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Tapi ada antara kita yang gagal memahami bahawa ia boleh dilakukan. Maka perubahan yang sepatutnya boleh berlaku, tidak berlaku," katanya.

Kecewa memang diakuinya. Justeru Ito semacam hilang kepercayaan kepada ahli politik dan suasana sekarang.

Dan salah seorang anaknya sendiri masih terpaksa menanggung hutang daripada PTPTN itu.

Ada sekarang susah percaya

Pun begitu Ito sekali lagi menegaskan dia tidak menganggotai mana-mana parti politik tetapi bersedia membantu mana-mana pihak yang menjanjikan harapan lebih baik.

"Kalau saya nak masuk politik, dah lama. Dua-dua pihak ada ajak tetapi saya tak mahu.

"Saya tak sertai mana-mana parti. Kalau saya rasa pembangkang boleh membantu membawa hidup yang lebih baik, saya akan sokong.

"Cuma apa yang ada sekarang sudah susah untuk dipercaya," katanya.

Adakah kerana itu Ito sekarang memperlahankan pembabitannya dalam program politik?

Kata Ito dia tidak mahu menjadi orang politik dan selesa kekal sebagai penyanyi.

Pengalamannya 'digam' suatu ketika dulu mungkin mengajarnya supaya lebih berhati-hati.

"Saya menderita lama," katanya.

Pada masa sama Ito tetap berterus terang bahawa dia senang dengan pendekatan dibawa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,

"Dulu bila dia kena, mata lebam, belum apa-apa lagi dah kena belasah (pada 1998). Dia tu menteri, bukan rakyat biasa.

"Dia dipenjara tetapi benarkah dia bersalah? Kalau tak bersalah, satu negara kena jawab bro !" katanya.

[Bersambung - Jiwa Melayu sebenarnya rock, blues]

Ito: Kalau Mahathir dulu jangan harap...

Lihat Komen
ADS