Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Air kencing lembu tak dapat selamatkan Akshay dari dijangkiti Covid-19
Diterbitkan:  Apr 5, 2021 8:50 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Pelakon Bollywood, Akshay Kumar mengesahkan diuji positif Covid-19 pada Ahad lalu.

Katanya, dia kini dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya disahkan positif Covid-19.

“Terima kasih semua orang untuk doa kamu, ia nampaknya berkesan dan saya rasa baik-baik saja.

“Tapi demi keselamatan, saya perlu menjalani rawatan di hospital. Harap boleh kembali pulih seperti sedia kala," katanya di laman sosial.

Terdahulu, Akshay, 53, pernah mendedahkan dia mengamalkan meminum air kencing lembu pada setiap hari untuk mengelak jangkitan Covid-19.

Memang setakat ini belum ada bukti mengenai khasiat air kencing haiwan berkenaan mempunyai khasiat atau baik untuk kesihatan, namun sejumlah ahli politik dari sayap kanan negara itu berkempen untuk menggunakan tahi dan air kencing lembu bagi mencegah jangkitan wabak tersebut. 

Beberapa hari sebelum ini, Akshay dilaporkan sibuk menjalani penggambaran filem epik Ram Setu.

Namun, penggambaran itu terpaksa dihentikan selepas 45 kru juga disahkan positif Covid-19.

Lihat Komen
ADS