BioProtein jadi asas teknologi Cellmax untuk luka kronik
Bagi luka biasa, proses penyembuhan mungkin sekadar menunggu kulit bercantum semula, namun untuk luka kronik seperti ulser kaki diabetik, proses itu boleh menjadi jauh lebih kompleks.
Teknologi Cellmax dibangunkan berasaskan penggunaan BioProtein tanpa menggunakan sel hidup secara langsung, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong proses penyembuhan luka.
Pengarah Urusan Cellmax Healthcare, Dato’ Loke Mei Chan berkata, perjalanan membangunkan produk itu bermula selepas ia dicuba terhadap beberapa pesakit, termasuk seorang pencari nafkah yang menurut doktor memerlukan tempoh sekurang-kurang enam bulan untuk pulih dan kembali bekerja.
“Tempoh pemulihan yang panjang boleh menyebabkan mereka tidak dapat bekerja, sukar bergerak dan memerlukan penjaga.
“Keluarga pula mungkin perlu mengambil cuti atau menyediakan pengangkutan untuk berulang-alik ke hospital. Semua ini adalah kos untuk pesakit.
“Bagi sesetengah luka, proses penyembuhan perlu mengambil masa sekurang kurangnya 120 hingga 150 hari manakala berdasarkan pemerhatian kami, tempoh itu boleh menjadi sekitar 54 hari dengan penggunaan Cellmax,” katanya.
/file/attachments/886/WhatsAppImage2026-09-25at122908PM_227927.jpeg)
Justeru, katanya, pengalaman melihat perubahan terhadap pesakit membuatkan beliau mula melihat potensi teknologi berkenaan dengan lebih serius.
Menurut Loke, pasukan Cellmax yang diterajui Ketua Pegawai Saintifik Cellmax, Prof Dr Azizi Ayob, kemudian meneruskan pembangunan teknologi itu melalui pelbagai peringkat pengujian dan penilaian.
“Lapan tahun penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kira-kira RM7 juta diperlukan sebelum teknologi berasaskan BioProtein diterjemahkan kepada produk penjagaan luka yang sukar sembuh.
“Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kami berbangga kerana berjaya membangunkan teknologi tempatan yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada produk dari luar negara,” katanya.
Teknologi itu kemudiannya diuji ke atas pesakit yang mengalami luka kronik dan sukar sembuh di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum inovasi berkenaan mendapat pendaftaran daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) tahun ini.
Dari juara Innovathon kepada produk komersial
Teknologi Cellmax mencuri perhatian apabila BioProtein Powder yang dihasilkan Azizi dinobatkan sebagai juara Innovathon Musim Kedua program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi yang mengetengahkan inovator tempatan serta potensi pengkomersialan hasil inovasi.
Menurut Loke, kemenangan itu menjadi antara titik penting dalam perjalanan teknologi berkenaan yang bermula daripada hasil penyelidikan kepada pembangunan produk.
Dalam pembentangan akhir, Azizi berkata inovasi itu berpotensi membantu mengurangkan kos rawatan bagi pesakit dengan luka kronik, trauma dan ulser, di samping membantu dalam proses penyembuhan luka.
/file/attachments/886/cshx260925w20-NEP1_20260925_C00279938801JPG_936620.jpeg)
Selain pembangunan Cellmax Freeze-Dried Powder, Azizi juga menghasilkan inovasi Cellmax Wound Spray, kedua-duanya untuk kegunaan penjagaan luka.
Pelancaran komersial kedua-dua produk itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang, ketika perasmian Kongres World Union of Wound Healing Societies (WUWHS) 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), baru-baru ini.
Usaha mendekatan rawatan dengan pesakit
Bagi Loke, perkembangan Cellmax tidak berhenti pada penghasilan produk.
Kata beliau, Cellmax Healthcare juga sedang melihat cara untuk membawa penjagaan luka lebih dekat kepada pesakit, khususnya mereka yang tinggal jauh dari hospital atau berdepan kesukaran mendapatkan rawatan.
Menurutnya, antara perancangan yang sedang dilihat ialah pembangunan perkhidmatan klinik bergerak yang akan membawa doktor dan jururawat ke kawasan komuniti, termasuk kawasan luar bandar.
Loke berkata, Cellmax membayangkan kewujudan pusat perkhidmatan sendiri serta perkhidmatan bergerak pada masa akan datang bagi membantu mengurangkan kesesakan dan membawa penjagaan luka kepada lebih ramai pesakit.
“Cadangan itu mengambil kira keadaan pesakit yang perlu beratur dan menunggu lama di hospital, selain mereka yang terpaksa melakukan perjalanan jauh hanya untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Ia bagi boleh membolehkan pesakit mendapatkan penjagaan luka lebih dekat dengan tempat tinggal mereka tanpa perlu sentiasa melakukan perjalanan ke hospital.
“Perancangan untuk menjadikan klinik bergerak kami kepada kenyataan mungkin terjawab tahun depan.
“Kami berharap dapat mengambil alih sebahagian tanggungjawab ini daripada kerajaan dan mengurangkan kesesakan di hospital besar,” katanya.
/file/attachments/886/WhatsAppImage2026-09-28at41552PM_118903.jpeg)
Di WUWHS, Cellmax menerima pengiktirafan antarabangsa atas pencapaian inovatifnya dalam teknologi menyembuhkan luka serta dianugerahkan penghargaan bagi kategori Inovasi dalam Teknologi Menyembuhkan Luka.
Inovasi Cellmax merupakan hasil penyelidikan saintis Malaysia yang kemudiannya dipatenkan untuk aplikasi dalam penjagaan luka.
Produk ini 100 peratus buatan Malaysia dan dihasilkan oleh rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Cellmax dan teknologi BioProtein yang dibangunkan, layari laman rasmi Cellmax.
/file/attachments/886/WhatsAppImage2026-09-25at122909PM1_362725.jpeg)
