Anwar cukup matang dengan sepak terajang politik
SamPublished: Sep 6, 2004 3:37 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Anwar Ibrahim bakal membawa gelombang reformasi kepada senario politik semasa, khususnya kepada Umno.
Bebasnya beliau seolah-olah memberi mesej bahawa segala tuduhan ke atas beliau sebelum ini adalah grand design oleh pihak tertentu dalam Umno.
Sebagai seorang pejuang, ahli politik dan bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Anwar Ibrahim cukup matang dengan sepak terajang, kawan dan lawan, tipu muslihat dan berbagai lagi perkara dalam kepimpinan negara.
Mereka yang berada atas pagar semakin mudah untuk membuat keputusan sekarang. Anwar Ibrahim telah berjaya meyakinkan seluruh rakyat Malaysia, bahawa tindakan yang berlaku ke atasnya adalah satu konspirasi.
View Comments0

