Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika mula membaca tulisan Jamaluddin al Afghani Jr mengenai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, saya mengharapkan satu kupasan isu yang baik dan boleh dijadikan pengajaran.

Walaupun saya seorang penyokong setia PAS, dan berdasarkan kepada hujah al-Quran dan Sunnah, tidak bermakna saya akan turut setia kepada pemimpin yang melakukan kesilapan.

Selepas habis membaca tulisan beliau, malang bagi saya kerana tiada yang baru, sekadar menyebut istilah tiga abdul, kecewa Cikgu Wan Rahim kerana dipecat dan tuduhan tanpa bukti bagi mengkucar-kacirkan pentadbiran negeri.

Apakah Jamaluddin sudah tiada idea untuk menulis sehingga tiada nilai dalam tulisan terakhirnya ini?

Berbeza dengan Jamaluddin al Afghani tulen yang dianggap sebahagian pengkaji sebagai mujaddid zamannya. Tetapi di Malaysia ini, terdapat agak ramai "mujahat" yang sekadar membuat dakwaan tanpa bukti.

Harap Jamaluddin tidak termasuk sama. Walaupun apa yang didakwa itu betul, tetapi biarlah dihiasi dengan hujah yang bernas dan bukti yang mantap agar kami semua boleh mendapat pengajaran daripadanya.

Bukannya dengan memburukkan sesiapa tanpa bukti. Ia menyebabkan keraguan pula timbul pada tulisan sebegini dan kesan buruk kepada nama penanya.

Saya tidak menyebelahi orang yang bersalah. Saya tahu cerita lama tiga abdul. Tetapi apa motif tulisan beliau? Apakah ada arahan tertentu?


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS