Paling Popular
Terkini

Hai Tan Sri Tony, nama saya Rahman Imuda merupakan penumpang AirAsia dari KLIA2 ke Tawau (AK5746) pada 18 Januari lalu.

Ketika tiba di KLIA2, saya mendapati dompet saya dicuri.

Setelah bertanya kepada staf di lapangan terbang, saya disaran pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan Kad Pengenalan Sementera supaya saya boleh terbang ke Tawau.

Akibat daripada insiden itu, saya gagal untuk "drop bag" walapun saya telah membeli luggage sebanyak 20 kilogram.

Saya tiba di KLIA2, 15 minit sebelum pagar ditutup. Memandangkan saya harus ke gate K16, saya memutuskan membawa "2 hand luggage" dan satu beg galas.

Saya telah menjelaskan situasi saya kepada staf AirAsia yang menjaga penumpang sebelum pemeriksaan.

Mereka bertegas saya hanya boleh membawa satu hand luggage. Oleh kerana kesuntukan masa, saya terus buang satu beg walaupun pada beg itu terdapat barangan berharga.

Tanpa budi bahasa mereka berkata; jangan buang di sini, tiada siapa yang nak buangkan untuk awak.

Dengan kesuntukan masa saya pun bergegas ke tong sampah untuk membuang beg itu.

Apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa polisi syarikat anda gagal mendidik pekerja anda untuk mempunyai sifat kemanusiaan.

Kadar bayaran tiket tambang yang murah tidak bermaksud anda boleh mematikan kemanusiaan dan tidak berbudi bahasa.

Walaupun kes seperti ini jarang berlaku, tidak bermaksud ia tidak akan berlaku. Sepatutnya ada SOP untuk masalah-masalah diluar jangka seperti ini.

Jika kami boleh bertoleransi dengan pesawat anda yang "delay", tidak bolehkah syarikat anda bertoleransi dengan penumpang yang dalam kesusahan?

Saya akan menghantar surat terbuka ini ke aduan rasmi AirAsia seminggu sekali selama enam bulan sehingga mendapat respon dari AirAsia.

Seperti biasa, saya sedia bertemu, lebih-lebih jika bertemu anda Tony, usahawan ternama.
(ini email saya [email protected])

Semoga saya menjadi orang yang terakhir menjadi mangsa kekurangan "semangat kemanusiaan" dalam syarikat anda.


RAHMAN IMUDA adalah penumpang AirAsia pesawat AK5746 pada 18 Januari lalu.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Nota Editor: Surat ini kemudiannya telah dijawab oleh AirAsia yang memaklumkan syarikat itu menyesali apa yang berlaku.

Lihat Komen
ADS