Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Isu bahasa Inggeris sebagai bahasa sains dan matematik di sekolah rendah muncul sekali lagi. Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan dasar kerajaan sekarang. Apa lebihnya bahasa Inggeris hingga kita mengepikan bahasa kebangasaan?

Bahasa Melayu sudha terbukti keberkesanana dan kedinamikannya. Cuba lihat di UKM, pengajarannya dalam bahasa Malaysia. Tesis PhD pun dalam Bahasa Malaysia dan ia tetap muncul antara 100 universiti terbaik dalam Sains dan Matematik.

UPM yang menggunakan bahasa Inggeris pun jauh ketinggalan dari UKM. Oleh itu bagaimana boleh dikatakan bahasa Melayu tidak berkembang.

Cuba lihat sejarah sains, Einstein guna bahasa German. Heisenberg juga cakap German. Tulisan saintifik mereka bukan dalam bahasa Inggeris. Cuba lihat ahli matematik Rusia bila mereka membentang seminar, bahasa Inggerisnya tidak sehebat mana tetapi mereka antara ahli matematik paling asli di dunia.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS