PAS mahu bahasa ibunda untuk Sains, Matematik
Saya merujuk kepada artikel Lee Ban Chen yang bertajuk Dilema bahasa Inggeris di sekolah rendah . Saya ingin membuat komentar sebagai Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat tentang isu tersebut yang ada kaitan dengan perjuangan PAS dalam konteks perjuangan pendidikan masyarakat majmuk di negara Malaysia.
Sikap PAS kepada pendidikan nasional selama ini sememangnya berdiri di atas beberapa asas.
- Asas sejarah yang bertunjangkan budaya dan tradisi yang membentuk masyarakat Malaysia hari ini.
Asas ini pada saat mutakhir diancam dengan kepentingan politik sempit parti pemerintah yang melambangkan tidak ada hala tuju pendidikan nasional yang jelas dan bermatlamat jangka panjang bahkan menjadikan generasi muda Malaysia sebagai mangsa perubahan perubahan dasar, antaranya ialah;
- Penghapusan matapelajaran Jawi yang merupakan nilai dan tradisi yang sepatutnya dipelihara dan dikembangkan dalam konteks pendidikan nasional. Sehingga melahirkan generasi selepas merdeka yang buta jawi dan sekaligus menghakis kemampuan mereka untuk membaca al-Quran bagi masyarakat Melayu Islam.
Oleh itu dalam kemelut Dasar Pendidikan Nasional yang huru hara kerana kelemahan parti yang memerintah untuk memacu masa depan pendidikan negara dan menangani persoalan yang dikemukakan oleh Dong Jiao Zong dan pihak pihak lain yang prihatin, PAS meletakkan sikapnya pada isu tersebut sebagai berikut;
- Memartabatkan dan mengembangkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa reami termasuk dalam bidang pendidikan di semua peringkat.
Dengan itu PAS mengajak semua pihak yang prihatin kepada masa depan pendidikan nasional berganding dengannya untuk memperjuangkan nasib pendidikan anak bangsa di bumi Malaysia yang tercinta.
Penulis adalah Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

