Malaysiakini
SURAT

Penentuan oleh Agong bukan berdasarkan angka sahaja

gurdial singh nijar

Diterbitkan

Apakah yang perlu dilakukan Yang di-Pertuan Agong dalam memilih seseorang sebagai perdana menteri, mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan?

Baginda perlu memilih seorang yang, pada hematnya, mungkin memiliki sokongan majoriti.

Apa maksudnya?

Ini tidak bermakna mengira bilangan mereka (ahli Dewan Rakyat) yang menyokong mana-mana individu - melalui apa-apa proses sekalipun.

Ia merupakan satu penilaian tentang siapa yang dalam masa terdekat paling mungkin mampu mendapat keyakinan majoriti.

“Hemat” bermakna penilaian.

“Mungkin” bermakna jangkaan tentang apa yang boleh terjadi, mengambil kira segala kebarangkalian.

Apabila saya katakan bahawa malam ini mungkin hujan- ia berdasarkan ramalan yang berdasarkan pelbagai faktor yang boleh digunakan dalam pertimbangan.

Apa yang paling penting, ia bukanlah berdasarkan tindakan menunggu secara harfiah untuk hujan turun dan kemudian barulah berkata “mungkin hari akan hujan”.

Mengaitkannya dengan keadaan semasa, ia bermaksud melantik seseorang yang Agong yakini mampu memperoleh sokongan daripada partinya sendiri dan juga daripada anggota parlimen lain - yang kemudiannya mewakili majoriti dalam Dewan Rakyat.

Sama ada individu itu benar-benar berjaya mendapatkan sokongan akan ditentukan apabila Parlimen bersidang.

Ketika itu jika dia tidak mempunyai sokongan, dan ada usul tidak percaya terhadapnya dan diluluskan, barulah Perkara 43(4) boleh diguna pakai.

Dia kemudian tidak lagi mendapat keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat. Ini akan ditentukan oleh undian anggotanya. Selepas itu, individu yang dipilih Agong untuk menjadi perdana menteri berdasarkan Perkara 43(2)(a) perlu meletakkan jawatan.

Krisis di Perak pada 2009 tidak relevan - kerana ia memerlukan pemastian sama ada menteri besar masih ada sokongan majoriti di DUN. Ia memerlukan pengiraan undi menyokong dan tidak menyokong terhadapnya.

Proses itu boleh dibuat mengikut kelaziman - Agong membuat pemastian menerusi temu duga dan sebagainya. Proses ini disahkan oleh Perlembagaan Persekutuan.


GURDIAL SINGH NIJAR adalah bekas pensyarah undang-undang. Tulisan ini diterjemah daripada versi Bahasa Inggeris.

Pandangan disiarkan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.