Malaysiakini
SURAT

SURAT | Apa salahnya Pak Wan tegur orang muda?

Mazlan Hashim

Diterbitkan
Dikemaskini 8 Jun 2021, 10:36 pagi

Dalam kita menghadapi pandemik Covid-19, saya melihat, membaca dan berfikir berkaitan tulisan Hishamuddin Abdul Karim, setiausaha biro penerangan Bersatu.

Hati saya terpanggil untuk menulis juga, khas untuk beliau.

Saya nampak tulisan itu terdapat niat tertentu yang kurang baik, khusus untuk menyerang Mohd Redzuan Yusof atau Pak Wan, pemimpin yang telah berjasa kepada parti dan rakyat yang mengundinya.

Saya juga sebagai orang lama - mantan dalam bidang politik - berpendapat apa salahnya Pak Wan sebagai orang lama dalam Bersatu menegur sedikit orang muda, mahupun secara umum.

Saya ingin bertanya kepada setiausaha biro penerangan, kalau orang lain yang buat teguran adakah dia akan menjawab sebagaimana dia menjawab teguran Pak Wan?

Saya ingin menyarankan Hishamuddin untuk memperbanyakkan belajar, belajar hormat orang yang lebih berumur daripada kita.

Tambahan lagi Pak Wan adalah seorang ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat berbilang kaum, berbeza anutan dan kefahaman politik.

Jangan samakan pemilihan parti dengan pemilihan pilihan raya. Orang yang menang dalam parti tidak semestinya mendapat tempat di hati rakyat.

Saya cadangkan supaya setiausaha biro penerangan, ketua penerangan dan jawatankuasa penerangan Bersatu fokus kepada musuh sebenar, yang hari-hari menghentam kepimpinan kita bukannya menghentam kepimpinan parti sendiri.

Sejurus itu untuk mencapai kata sepakat, kita sebagai rakyat perlu sedar, ukur baju di badan sendiri, sebelum kita menegur seseorang yang jauh lebih matang di arena ini.


MAZLAN HASHIM ialah ahli biasa Bersatu, tapi banyak jasa.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.