Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat
SURAT | Turunkan segera, harga sayur naik hingga 160 peratus

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengambil langkah segera menurunkan harga sayur-sayuran yang meningkat sehingga 160%  sejak satu bulan lalu.

Harga berikut yang disenaraikan bawah memberikan harga perbandingan:

Beberapa peruncit mengadu bahawa pengedar dan pemborong memberi amaran kepada mereka bahawa harga sayur-sayuran lain mungkin akan naik dalam beberapa minggu akan datang.

CAP menyeru Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menyiasat kenaikan harga di atas.

Ini memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas teruk dengan kenaikan harga barang dan tindakan keras terhadap peniaga yang menaikkan harga secara berlebihan serta melanggar Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan 2010.

CAP juga telah berulang kali menyeru agar Fama mengawal pemasaran dan pengedaran sayur-sayuran di negara ini untuk menghapuskan orang tengah mengaut keuntungan tetapi seruan kami tidak didengari.


MOHIDEEN ABDUL KADER ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS