BERITA Malaysiakini

KDN gantung akhbar PAS, PKR

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

kemaskini 6.59pm Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

harakah newspaper pak lah abdullah with michelle yeoh photo cover Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209 Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.

Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.

Baca berita penuh