Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang menafikan beliau dihasut oleh pemimpin PKR tertentu supaya mencadangkan partinya meletakkan calon dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Mujahid Yusof Rawa berkata, cadangannya hujung minggu lalu dibuat menurut prinsip dan bukannya kerana hasutan pihak lain.

"Kenapa saya atau pemimpin PAS mesti menurut kehendak pemimpin PKR tertentu? Kita tidak bertanggungjawab kepada mereka," tambahnya.

"Tuduhan seperti itu tidak berasas sama sekali. Penyebar khabar angin ini sepatutnya meneliti prinsip-prinsip yang didukung oleh PAS".

Baca berita penuh