Video burukkan Rosmah makin hilang sambutan

   

Siri video gaya dokumentari pendek yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor semakin hilang sambutan sejak klip pertama diterbitkan di internet sebulan lalu.

Klip keempat yang terbaru - memuatkan tuduhan bahawa isteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan khidmat bomoh - mendapat 17,438 tontonan sahaja berbanding klip terawal 219,335 tontonan.

Klip pertama itu memuatkan ringkasan individu-individu yang didakwa ahli keluarga terdekat wanita pertama negara dan jiran di kampung lamanya di Negeri Sembilan.

you tube videos of rosmah mansor slur campaign 250609 Klip kedua dan ketiga semakin sedikit jumlah tontonannya - masing-masing 129,245 dan 86,869 - walaupun dakwaan yang dimuatkan itu sensasi dan menyentuh kehidupan peribadi Rosmah.

Siri pertama, kedua dan ketiga klip video terbitan pihak yang memperkenalkan mereka "C4 Production House" dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 9 Jun, 11 Jun dan 15 Jun lalu.

anti rosmah mansor video 250609 Klip terbaru juga bertarikh 15 Jun tetapi semakan Malaysiakini pada 25 Jun lalu mendapati ia belum dimuatnaik di laman perkongsian video paling popular itu.

Video dengan label liar "perempuan puaka" terhadap Rosmah memuatkan wawancara dengan adik lelakinya Rosmanuddin Mansor (foto, empat dari atas) , ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng.

Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya.

Tiga klip video pertama kali dipromosikan di Malaysia Today kendalian Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa ia dirakam secara eksklusif untuk laman webnya.

Pada 26 Jun lalu, Malaysiakini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid mengesahkan kesahihan semua individu utama yang ditemubual dalam klip video itu

Dakwaan-dakwaan dalam temubual itu bagaimanapun masih tidak dapat disahkan kecuali Che Mah Abdul Hadi (foto, tiga dari atas) - balu bekas Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali - yang terus mendakwa Najib dan Rosmah pernah melangsungkan majlis perkahwinan di rumahnya.

Perdana menteri dan isteri beliau tidak memberikan sebarang reaksi setakat ini.

Malaysiakini
terkini untuk anda