Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Calon BN Rohaizat Othman menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai isteri kedua yang dikenali sebagai "Rafizah Mohd Ali", seperti didakwa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 05 Nasrudin mendakwa Rafizah yang dikahwini oleh calon BN itu pada tahun 2005 merupakan ketua kerani, yang berkerja di pejabat Rohaizat selama lapan tahun yang kini tinggal di Jengka, Pahang.

Ketua Pemuda PAS itu juga mendakwa Rafizah menuntut agar Rohaizat "mengaku bahawa beliau adalah isteri keduanya."

Sehubungan itu ketika ditemui oleh pemberita di Tadika Wan Mun (C) di Kubang Semang, Rohaizat berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Nasrudin itu "satu pembohongan semata-mata".

"Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.

"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Rafizah. Isteri saya seorang sahaja," katanya.

NONE Rohaizat berkata demikian bagi menjawab dakwaan Nasrudin dalam satu sidang media yang mendakwa calon BN itu mempunyai isteri yang kedua yang dikahwininya pada 2005 dan didaftar perkahwinan itu pada 2008.

'Kenal keluarga Rafizah'

Dalam sidang media itu juga, Nasrudin mendakwa Rohaizat telah mengabaikan Rafizah tanpa memberi nafkah yang adil dan perhatian yang adil.

"Jadi saya persoal ketidakadilan itu. Tidak wajar beliau menjadi seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat. Selesaikan dulu masalah rumah tangga dia, baru boleh selesai rakyat Permatang Pasir," kata Nasrudin sambil menambah beliau tidak berniat dan tidak suka untuk mencampuri urusan rumahtangga calon BN itu.

Nasrudin mendakwa beliau mengenali keluarga Rafizah dan mendakwa Rafizah sendiri yang menghubunginya untuk menceritakan perkara itu.

Ditanya sekiranya dakwaan ini menimbulkan kerisauan kepadanya, Rohaizat berkata perkara tersebut tidak merisaukannya.

"Saya minta kepada PAS, pembangkang, cukup-cukuplah membuat tuduhan kepada saya. Lepas ini saya tidak akan layan lagi kerana PAS cukup tertekan dengan keadaan kerana tidak dapat sokongan daripada pengundi Permatang Pasir.

"Saya menyeru kepada jentera-jentera BN di Permatang Pasir, peluang untuk menang amat tinggi," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Nasrudin berkata, beliau bertanggungjawab di atas dakwaan yang beliau katakan itu.

ADS