Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menamatkan perkabungan mereka yang berlangsung sejak seminggu lalu ekoran dakwaan berlakunya penyelewangan dalam pilihan raya kampus 28 Januari lalu.

Perkabungan itu juga dibuat susulan penolakan pihak universiti terhadap bantahan mereka terhadap keputusan dua kerusi di fakulti kejuruteraan dan fakulti alam bina - yang didakwa dimenangi kumpulan tersebut.

Seorang calon pro-M yang bertanding dalam pilihan raya kampus lalu, Mohamad Hilman Idham memberitahu Malaysiakini, perkabungan itu adalah tanda "demokrasi kampus itu telah mati".

"Kita berkabung sebab bantahan kita terhadap perjalanan dan keputusan pilihan raya yang kami anggap ada penyelewengan, ditolak. Ia juga termasuk keputusan di fakulti kejuruteraan dan fakulti alam bina.

"Mereka menolak menolak bantahan kita tanpa alasan yang munasabah. Sehingga sekarang timbalan naib canselor hal ehwal pelajar enggan jumpa kita," katanya.

Mohamad Hilman berkata beliau bersama penyokong pro-M akan berkumpul di kawasan sudut pidato pada jam 2 petang ini sebelum bergerak ke bangunan caselori untuk "menyampaikan hadiah" kepada Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Datuk Dr Mohamad Abdul Razak.

"Kemudian beberapa pemimpin pro-M dijadual menyampaikan pidato mereka di bangunan tersebut," katanya.

Beliau menjangka kira-kira  250 mahasiswa akan hadir, termasuk penyokong pro-M akan berkumpul dengan memakai pakaian serba hitam dengan lilitan kain putih di lengan sebelah kiri - sebagai lambang perkabungan mereka.

Dalam pilihan raya kampus akhir bulan lalu, pro-M tewas dalam persaingan mereka merebut 35 kerusi yang dipertandingkan.

Pro-M memperolehi 15 kerusi dengan berjaya menambah dua kerusi berbanding tahun lalu. Manakala pro-Aspirasi pula mendapat 20 kerusi.

Jumaat lalu dilaporkan pihak pentadbiran UKM menolak tiga aduan yang dikemukakan oleh kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) berhubung pilihan raya kampusnya itu.

http://www.malaysiakini.com/news/123824

Tiga bantahan berhubung dakwaan kumpulan pro-Aspirasi didakwa menggunakan kaunter SPKG (Sistem Penilaian Kompetensi Generik) untuk berkempen; kedua dakwaan sebuah peti undi telah dibawa masuk ke sebuah bilik, sebelum dibawa keluar semula selepas itu dan ketiga berhubung ugutan yang diterima seorang pelajar di Kolej Za'aba dua hari menjelang pilihan raya kampus

Bagaimanapun kesemua aduan itu ditolak oleh jawatankuasa rayuan kerana berpendapat ianya tidak mempengaruhi keputusan pilihan raya kampus, walaupun mereka mengakui perkara itu berlaku.

ADS