Peluang kedua untuk Zulklifi

       

Ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin ( bawah ) diberikan peluang kedua oleh lembaga disiplin partinya itu.

NONE Dia sepatutnya ‘menghadap’ lembaga disipin PKR malam semalam tetapi menurut timbalan presiden parti itu, Syed Husin Ali dalam satu kenyataan akhbar semalam, telah ‘melarikan diri’ ke Korea Selatan.

Zulklifi kini dilaporkan di Seoul bersama 12 ahli parlimen yang lain sejak Rabu lalu dan dijadualkan akan hanya pulang ke tanah air pada 25 Feb ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dihubungi hari ini berkata “Zul kini diberi peluang bagi mempertahankan dirinya.”

Menurut Saifuddin ( bawah ), lembaga disiplin PKR bermesyuarat seketika malam semalam dan mengambil keputusan untuk memberikan Zulklifi peluang bagi mempertahankan dirinya berhubung beberapa dakwaan.

selambau pkr pc 040409 saifuddin nasution telephone database “Jawatankuasa disiplin mengambil keputusan untuk bermesyuarat sekali lagi pada 1 Mac depan,” kata ahli parlimen dari Lunas itu.

“Meskipun Zul bertubi-tubi menyerang partinya, pemimpin utama, Anwar Ibrahim, pemimpin kanan yang lain termasuk juga jawatankuasa disiplin, namun PKR tetap meletakkan proses keadilan mengatasi segala-galanya. Kesnya akan didengar dan semua fakta akan diambil kira.”

Malaysiakini juga menghubungi pengerusi jawatankuasa disipilin PKR, Syed Kamaruzzaman Syed Kabeer tetapi beliau enggan mengulas, tetapi sebaliknya merujuk kami kepada Saifuddin.

Zulkifli sebelum ini mempertikaikan pemilihan tarikh berkenaan kerana mendakwa PKR seganja memilih hari ketika dia berada di luar negara.

Ahli parlimen dari Kulim Bandar Baharu itu juga didakwa gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti itu kepadanya pada 8 Feb lalu dan memaklumkan kepada mereka mengenai kesesuaian tarikh yang dipilih itu.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda