BERITA

Dua MP Bebas sertai rombongan PM ke Amerika

Christine Chan

Diterbitkan
Dikemaskini 8 Apr 2010, 7:22 pagi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal parlimen mempertahankan keputusan kerajaan untuk membawa dua ahli parlimen Bebas mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat.

NONE Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) dan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru), kedua-dua mereka sebelum ini ahli PKR, akan ke Washington, Rabu depan bagi menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongres Amerika Syarikat.

"Disebabkan kekerapan MP pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen, saya memutuskan bahawa tiada MP Barisan Nasional yang akan dibawa keluar negara apabila parlimen bersidang.

"Juga adalah tidak adil bagi memaksa MP pembangkang mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan ini.

gobind suspended from parliament 160309 nazri "Mereka akan menuduh saya tidak berlaku adil kerana mereka juga memerlukan jumlah berkenaan bagi pengundian secara blok.

“Jadi, yang boleh pergi ialah hanya MP Bebas,” katanya di lobi parlimen.

Nazri ( kiri ) berkata MP BN menyedari peraturan itu dan mereka tidak ada masalah dengannya.

"Sebab itu hanya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim yang akan pergi dengan Perdana Menteri," tambahnya.

Nazri juga menyalahkan Lim Kit Siang kerana ahli parlimen Ipoh Barat yang seringkali menuntut agar pengundian secara blok dijalankan.

Awa NONE l hari ini, Lim mendakwa adalah lebih baik menjadi MP Bebas kerana akan diplih mengiringi Najib sedangkan ahli parlimen BN adalah MP kelas kedua.

Belaiu jugamempersoalkan tindakan kerajaan kerana tidak berunding dengan Pakatan Rakyat atau menjemput ahli parlimen mereka menyertai rombongan itu.

"Ia seolah-olah parlimen hanya dianggotai oleh BN, ini tak benar," kata Lim.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan nada yang menyindir.

"Jika demikian, mereka seharusnya memanggil kaukus itu sebagai kaukus BN - Amerika".

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan