Khairy: Buang bahan kempen provokatif

       

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mengarahkan anggota Pemuda BN supaya membuang papan tanda, poster dan kain rentang yang menyentuh maruah mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Sejak kempen bermula hujung minggu lalu, bahan-bahan menyerang pemimpin Pakatan Rakyat muncul di kawasan pilihan raya kecil itu di mana pengundian akan berlangsung Ahad ini.

Ini termasuk gambar 'tabiat minum' calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan gambar ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tulisan huruf besar 'Pengkhianat Negara' di sebelah logo BN.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Khairy mendakwa serangan peribadi itu bukan modus operandi BN.

Khairy juga menafikan kain rentang dan poster berkenaan adalah sebahagian daripada strategi kempen BN.

Sebaliknya, Khairy berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya dan ia bukan dimulakan oleh pihaknya tetapi oleh pihak lain.

Di samping itu, katanya, Umno juga harus menjauhkan diri daripada amalan-amalan seumpama itu.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda