Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan pemindahan pusat pengundian lebih 14,000 pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibawa Fuziah Salleh (PKR-Kuantan).

pkr supreme council meeting 0404010 fuziah salleh Usul Fuziah bagi mendebatkan implikasi SPR memindah pusat pengundian itu ditolak oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini di kamarnya dan sekali lagi pada sessi Dewan Rakyat pagi tadi.

Pandikar berkata usul itu ditolak kerana mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (8) Yang di-Pertuan Agong, hakim-hakim mahkamah serta Suruhanjaya tidak boleh dibincangkan di dalam Dewan.

Ahli parlimen Kuantan itu yang juga merupakan pengarah pilihan raya PKR, semalam, menghantar permohonan bertulis kepada speaker bagi membentangkan usul berkenaan.

Awal pagi ini, Pandikar menghantar nota kepada Fuziah untuk memaklumkan bahawa usulnya telah ditolak kerana ia tidak memerlukan perhatian segera.

Sementara itu, dalam menolak usul itu buat kali kedua di Dewan Rakyat,  speaker berkata beliau tidak membenarkan "politicking" menguasai Dewan Rakyat kerana ia dikatakan akan menjejaskan perjalanan sidang.

"Bukankah parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc  121108 07 SPR itu kita anggap sebagai sebuah badan bebas. Atas sebab itu, jangan heret Parlimen ini dan saya dalam kancah politik. Saya telah minta maklumat daripada SPR dan saya diberitahu secara bertulis bahawa pada Disember 2009, parti-parti politik telah dimaklumkan dengan belah bahagi kawasan-kawasan yang dimaksudkan.

"Saya juga dimaklumkan bahawa kalau kita melayari laman web SPR, (kita boleh) dapati maklumat di situ. Kalau pun saya benarkan perbahasan atau perbincangan di sini, itu juga jawapan menteri yang berkenaan. Jadi apa manfaat yang kita dapat," katanya ketika menolak usul itu.

"Dewan mempunyai banyak lagi urusan, kita mempunyai banyak lagi undang-undang untuk diluluskan. Seperti anda ketahui, saya dan timbalan saya terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk mengendalikan semua ini,” kata Pandikar apabila melihat Fuziah berdiri pada permulaan sessi pagi tadi.

Semalam,  M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membentangkan usul ketika pembentangan rang undang-undang bajet tambahan bagi Kementerian Pelajaran supaya gaji menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipotong sebanyak RM10.

Usul itu menyebabkan dewan terpaksa bersidang hingga lewat malam.

SPR, semalam pada sidang medianya, menafikan tuduhan bahawa suruhanjaya itu menjadi 'dalang dalam konspirasi' untuk memenangkan BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

NONE Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan dakwaan palsu.

Ahad lalu, PKR mendakwa SPR telah memindahkan satu lokaliti mengundi dalam kawasan parlimen Hulu Selangor ke dalam kawasan Rawang.

Mengulas dakwaan itu, Wan Ahmad berkata, SPR bertindak demikian setelah menyedari bahawa lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh itu sepatutnya diletakkan di kawasan parlimen Selayang.

Ini bermakna mereka tidak boleh mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April depan.

[Baca berita penuh]

ADS