Keluarga Aminul tuntut k'jaan, polis mohon maaf

       

Keluarga Aminulrasyid Amzah - pelajar 15 tahun yang ditembak polis hujung bulan lalu - menuntut pihak kerajaan dan polis supaya memohon maaf kepada mereka dan membersihkan nama arwah daripada dilabelkan penjenayah.

NONE Bapa saudara Aminulrasyid ( kiri, berbaju putih ) berkata walaupun mereka berterima kasih kerana anggota polis peronda terbabit didakwa semalam, keluarga mangsa tetap mahu Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencontohi Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Osman semalam meminta maaf kepada remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Aziz, yang cedera di perut ditembak polis apabila dia  enggan memberhentikan motosikalnya.

NONE Menurut Kamaruddin, keluarga Aminulrasyid juga masih menuntut supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan supaya perkara sama tidak berlaku kepada keluarga lain dan kematian Aminulrasyid terbela.

"Bagi keluarga Aminulrasyid, jika sudah ada anggota polis yang didakwa, sudah tentu ada kesilapan yang dilakukan oleh anggota berkenaan.

"Kami ingin tahu proses penyiasatan dilakukan. Bagaimana perkara ini berlaku kerana kami sekeluarga tidak tahu mengenai penyiasatan yang dilakukan dan apa yang sebenarnya berlaku.

"Adakah kerana dia mengundur dan ada parang dalam kereta maka Aminulrasyid ditembak. Kita sekeluarga tertanya-tanya dan kita tidak tahu apa butir siasatan yang dijalankan," katanya pada sidang media di rumah keluarga remaja itu, di Shah Alam, petang tadi.

NONE Kamaruddin berkata, sejak awal lagi ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, memohon kepada pihak berkuasa untuk membersihkan nama remaja itu yang sebelum ini didakwa sebagai penyamun dan penjenayah.

Katanya, selain nama Aminulrasyid, pihak berkuasa juga perlu membersihkan nama keluara remaja itu serta nama sekolah mangsa yang turut terpalit dengan gelaran yang diberikan.

NONE Pada masa sama, katanya, keluarga Aminulrasyid juga mahu tahu apa tindakan polis terhadap dakwaan rakan Aminulrasyid, Mohamad Azamuddin Omar, 15, bahawa beliau dipukul polis selepas berjaya keluar daripada kereta Proton Isawara yang dipandu mangsa, pada kejadian awal pagi itu.

Sementara itu, peguam keluarga itu N Surendran pula menuntut supaya beberapa pegawai atasan polis, khusunya Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar disiasat oleh sebuah badan bebas.

Surendran berkata pihaknya mahukan pihak terbabit dirujuk bawah Seksyen 11 Kanun Keseksaan kerana didakwa memberikan maklumat mengelirukan ekoran kenyataan awal bahawa pihak berkuasa menjumpai parang dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid.

Turut hadir NONE dalam sidang media itu beberapa anggota keluarga Aminulrasyid dan seorang lagi peguam mereka Lateefa Koya.

Semalam, Koperal Jenain Subi ( kiri, berbaju kuning ), 48, yang berasal dari Sabah, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid kira-kira jam 1.10 pagi pada 26 April lalu.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di Shah Alam.

Malaysiakini
terkini untuk anda