Ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini menamakan tiga pegawai kanan di Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor yang didakwa terbabit dalam operasi pelombongan pasir secara haram.

NONE Manikavasagam mengenalpasti mereka sebagai pengerusi KKSB Abdul Shukor Nagor, ketua pegawai eksekutif Ramli Abd Majed dan pengurus pemasaran Wong Swee Leong.

Dalam laporan polisnya, beliau mendakwa, antara lain mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salahurus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram.

Beliau juga mendakwa syarikat tersebut telah membenarkan kontraktor melombong pasir tanpa mematuhi dasar pra-bayar syarikat.

Manikavasagam juga mendakwa bahawa seorang kontraktor telah membuat satu akuan sumpah bertarikh 10 Mei, mendakwa tiga orang pegawai itu terbabit dalam amalan yang meragukan.

Atas arahan MB

Nama-nama mereka didedahkan dalam laporan polis Manikavasagam yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang hari ini, ekoran pertemuannya dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini.

Menurut Manikavasagam setelah pertemuan sejam, Khalid menggesanya membuat laporan polis berhubung pegawai-pegawai yang didakwanya mengamalkan rasuah itu.

Beliau juga memberitahu Khalid berjanji akan menubuhkan jawatankuasa kecil khusus di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang ditubuhkan oleh dewan undangan negeri Selangor bagi menyiasat perkara berkenaan.

NONE Manikavasagam telah beberapa kali mencabar Khalid untuk bertindak ke atas pegawai kanan KSSB berdasarkan dokumen yang diterimanya bagi membuktikan bahawa pegawai kerajaan dan juga perwakilan yang dipilih rakyat juga terbabit.

Dalam pada itu, Khalid berkata kerajaan negeri  akan merujuk aduan Manikavasagam tentang wujud unsur rasuah dalam syarikat KSSB kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

“Kami berharap Pengerusi Selcat YB Teng Chang Kim yang juga Speaker Dewan Negeri Selangor dapat bertindak terhadap aduan tersebut dengan segera supaya satu sesi pendengaran awam dapat dijalankan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

NONE Menurut Khalid, arahan juga telah diberikan kepada semua kakitangan jabatan kerajaan  dan pegawai KSSB untuk memberi kerjasama penuh kepada Selcat dalam pendengaran tersebut.

“Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbiran serta menyokong semua usaha untuk membanteras gejala rasuah. Oleh itu kami berterimakasih kepada Ahli Parlimen Kapar atas keprihatinannya dalam pentadbiran Negeri Selangor.

“Kerajaan Selangor mengambil berat dakwaan ini dan mahu tindakan sewajarnya diambil untuk memelihara imej KSSB yang  mempunyai peranan penting menjayakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS