Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini  membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh wakil rakyat Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa.

NONE Dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Ibrahim yang juga presiden PERKASA mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Akhbar berbahasa Inggeris,  The Star memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ianya tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan.

Sejurus selepas sidang akhbar Ibrahim, Khairy yang juga ketua Pemuda Umno dan Wee, mengadakan sidang akhbar masing-masing untuk menjawab isu tersebut.

Khairy memberitahu pemberita bahawa Wee tidak mempersoalkan hak oang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa Mara.

[Baca berita penuh]

ADS