mk-logo
Berita
'Mengapa k'jaan rahsia kos kontrak pertahanan?'

Seorang senator dari Pakatan Rakyat mempersoalkan sikap kerajaan yang merahsiakan butiran kontrak pertahanan negara.

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari DAP berkata, jawapan yang tidak lengkap dan penolakan terus soalan pembangkang di Parlimen, menunjukkan  kerajaan tidak telus dan menyalahgunakan label "rahsia rasmi"  untuk menyembunyikan kebenaran.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Dewan Negara hari ini, beliau berkata, kerajaan sering memberi alasan bahawa kontrak pertahanan diklasifikasikan sebagai "rahsia".

"Kami tidak mahu tahu rahsia tentera. Apa yang kita ingin tahu hanyalah prosedur pemberian kontrak pertahanan.

"Lebih penting, ini melibatkan wang kerajaan, wang rakyat. Kita perlu tahu bagaimana ia dibelanjakan," kata Tunku Abdul Aziz.

ethnic relations forum 070307 syed husin ali Beliau merujuk kepada, antara lain, jawapan bertulis Kementerian Pertahanan kepada senator Syed Husin Ali dari PKR hari ini kepada soalannya semalam yang meminta kementerian berkenaan menyatakan nama syarikat yang diberi kontrak pertahanan dan nilai kontrak yang diberikan kepada setiap syarikat.

Dalam jawapan bertulis itu, kementerian berkenaan menamakan 29 syarikat yang diberikan kontrak pertahanan - 15 tempatan dan 14 syarikat asing - tetapi tidak menyatakan nilai kontrak yang diberikan.

Syed Husin, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkat: "Saya menggesa kementerian itu menyatakan jumlah sebenarnya. Dan jika tidak boleh, maka ia perlu menjelaskan mengapa."

Syarikat yang disenaraikan sebagai kontraktor pertahanan untuk pasukan angkatan tentera termasuklah Naval Shipyard Sdn Bhd, Aviation Holding Company Sukhoi, Sarawak Shipyard Sdn Bhd and Geliga Slipway Sdn Bhd.

[Baca berita penuh]

 

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS