Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelewatan hospital: Kontrak Sunshine Fleet ditamatkan

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menamatkan perkhidmatan Sunshine Fleet Sdn Bhd sebagai kontraktor utama dalam pembinaan projek Hospital Shah Alam.

NONE Surat penamatan kontrak yang bertarikh 3 September itu ditandatangani oleh ketua pengarah kerja raya, JKR, Datuk Seri Judin Abdul Karim.

Dalam sesalinan surat itu yang diperolehi oleh Malaysiakini , JKR menggunakan Fasal 54 syarat-syarat kontrak untuk memecat Sunshine Fleet kerana didakwa gagal menyiapkan projek mengikut jangkamasa yang ditetapkan.

Fasal itu adalah sesuatu yang lazim dalam kontrak JKR yang memberikan jabatan itu hak untuk menamatkan kontrak jika kerja-kerja yang dijalankan tidak seperti yang dijadualkan.

“Dukacita diperhatikan bahawa tuan didapati tidak menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh dan kerja tuan didapati tidak dapat disiapkan pada tarikh siap kerjayang telah ditentukan iaitu pada 25/06/2011.

NONE “Kerja tuan sepatutnya sudah 33.1 peratus (laporan skala bertarikh 2/09/2010) siap tetapi kemajuan yang dicapai setakat ini adalah hanya 27 peratus,” petik surat itu.

Menurut Judin, kegagalan menyiapkan projek itu masih berulang meskipun syarikat berkenaan telah diberi notis .

Surat itu juga mengarahkan Sunshine Fleet - yang dimiliki oleh tiga kerabat diraja Selangor - untuk menghentikan segera semua kerja, mengosongkan tapak pembinaan dan menyerahkan pemilikan tapak bina itu kepada JKR.

Pekerja syarikat itu juga diarahkan dengan meninggalkan semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan, barang-barang belum terpasang kepada JKR.

NONE Menurut Judin, kerja akan disiapkan sejajar dengan Fasal 54.3 syarat-syarat kontrak dan Sunshine Fleet dikehendaki menanggung segala perbelanjaan berlebihan yang akan timbul akibat penamatan kontrak itu.

Ketika dihubungi, pengarah kesihatan pekerja JKR, Husnani Abdul Karim mengesahkan penamatan kontrak itu dan berkata projek berkenaan akan kini ditenderkan semula kepada mereka yang berminat.

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan berapa kemelut ini akan melambatkan pembinaan hospital yang sepatutnya siap tahun depan itu.  

ADS