BERITA

Eli Wong bantah kekalahannya di PJU

Abdul Rahim Sabri

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Sep 2010, 5:39 petang

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini.

Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh hanya memindahkan keahliannya ke cabang PJU pada bulan Ogos.

Sedangkan, katanya, ia melepasi tarikh akhir kelayakan - Jun - dan mendakwa pemindahan keahlian Lee itutidak mematuhi peraturan.

NONE Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala Lee mendapat 222 undi.

Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru.

Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi.

Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini.

Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat.

"Keputusan hari ini bukanlah satu keputusan yang muktamad," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan