BERITA

Pemilihan AMK: Shamsul hanya dahului 9 undi

Abdul Rahim Sabri

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Okt 2010, 9:52 pagi

Persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda PKR (AMK) antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dengan pencabarnya ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin bermula dengan amat sengit.

azlan Selepas sembilan cabang selesai bermesyuarat semalam, Shamsul Iskandar mendahului Badrul Hisham - atau lebih dikenali sebagai Chegubard - hanya dengan perbezaan sembilan undi sahaja.

Menurut keputusan rasmi daripada ibu pejabat PKR, Shamsul Iskandar mendapat 136 undi, manakala Badrul Hisham memperolehi 127 undi.

Manakala, bagi jawatan nombor dua pula, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin - yang merupakan regu Shamsul - meraih 193 undi.

Sementara ADUN Teja Chang Lih Kang - gandingan Chegu Bad - mendapat 54 undi.

Tiga calon yang memperolehi undi terbanyak bagi mengisi jawatan naib ketua AMK, setakat ini, ialah Azmizam Zaman Huri (156), Erveana Ansari Ali (113) dan V Sivam mendapat 96 undi.

Wanita: Zuraida bermula baik

NONE Bagi jawatan ketua Wanita pula,- seperti yang dijangka, penyandangnya Zuraida Kamaruddin setakat ini mendahului dua lagi pesaingnya dengan 178 undi.

Suraya Sudin mendapat 98 undi, manakala Aniamah Ferrar memperolehi 32 undi.

Bagi jawatan timbalan ketua Wanita, penyandangnya, Rodziah Ismail mendahului pencabarnya Asmah Abd Kadir.

Rodziah yang juga exco kerajaan Selangor mendapat 192 undi berbanding Asmah yang dengan hanya 35 undi.

Tiga calon mendapat undi terbanyak bagi jawatan naib ketua Wanita iaitu timbalan speaker DUN Selangor Haniza Talha (138), ADUN Rawang Gan Pei Nie (125) dan Noor Sham Abu Samah (120).

Hari ini, sebanyak 32 lagi cabang di seluruh negara akan mengadakan pemilihan masing-masing pada hari ini.

Negeri terbabit: Kedah (2 cabang), Kelantan (5), Pahang (7), Negeri Sembilan (6), Perak (9) dan Perlis (3).

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.