Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perebutan kerusi timbalan presiden PAS semakin panas apabila bekas naib presiden Mohamad Sabu mendapat pencalonan pertamanya dari kawasan Kubang Kerian yang diketuai exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

NONE Mesyuarat kawasan itu Sabtu lalu sebulat suara mencalonkan Mohamad bertanding jawatan berkenaan.

Jawatan tersebut kini disandang oleh ahli parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa.

Mohamad ( tengah ) memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak jawatan tersebut dalam muktamar PAS Jun ini.

Bagi jawatan presiden, naib presiden dan jawatankuasa pusat, mesyuarat tersebut menyerahkan kepada jawatankuasa kawasan untuk memilih calonnya.

Menurut sumber di kawasan berkenaan, pencalonan Mohamad itu merupakan satu "desakan dan hasrat" akar umbi kawasan yang mahu beliau bertanding jawatan tersebut.

"Malah beliau pernah menjadi ahli parlimen dan yang dipertua kawasan ini (Kubang Kerian) pada tahun 1990-an. Jadi perwakilan dan akar umbi (masih) ada nilai sentimental terhadap beliau," kata sumber itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, sumber bagaimanapun enggan mengulas sama ada Husam yang juga bekas naib presiden mahu bertanding jawatan nombor dua dalam parti.

Sebaliknya meminta merujuk sendiri kepada Husam yang juga ADUN Salor untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, menurut satu lagi sumber, Mohamad tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan satu lagi pencalonan apabila sekurang-kurang empat kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Katanya, kawasan tersebut adalah Bukit Bintang, Batu, Kepong dan Putrajaya yang dijadual berlangsung bulan depan.

Sumber berkata, beliau juga terkejut apabila Kubang Kerian mencalonkan Mohamad yang dikenali 'ayam sabung' PAS sebagai timbalan presiden.

"Perwakilan ada nilai sentimental dengan beliau. Ia juga dilihat sebagai isyarat bahawa Husam tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan isyarat kepada kawasan lain untuk mencalonkan Mohamad," katanya

 

ADS