Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

NGO Islam - Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mempersalahkan agama Kristian sebagai faktor yang menymbang kepada kemerosotan Islam di negara ini.

yusri mohamad pembela spokesperson islam under seige "Adalah jelas, cara agresif dan konfrontasi masyarakat Kristian yang membawa kes-kes ke mahkamah, laporan polis mereka di seluruh negara dan kenyataan media (mereka) sama ada penggunaan kalimah Allah ataupun isu al-Kitab dalam bahasa Melayu.

“Ini semua boleh dikaitkan dengan gerakan untuk menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam,” kata presiden PEMBELA Yusri Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan resolusi forum "Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita? di ibu negara hari ini.

Katanya lagi usaha halus untuk memurtadkan umat Islam, bermula dengan “mengelirukan” mereka dengan menggunakan istilah-istilah yang dipinjam dari Islam.

“Dalam resolusi hari ini, mereka ada satu strategi untuk menyebarkan dan menjinakkan umat umat Islam dengan agama Kristian dengan menggunakan istilah yang biasa dan selesa digunakan orang Islam,” katanya.

Sebelum ini PEMBELA mendakwa kedudukan Islam di negara ini terancam berikutan perkembangan hubungan Islam-Kristian.

pembela seminar on islam under seige Pada forum yang dihadiri kira-kira 35 NGO Muslim, para panelis kerapkali merujuk kepada agama Kristian dan dan mempersalahkan masyarakat berkenaan yang menyebabkan kedudukan Islam ‘terancam’.

Perwakilan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACCA) Ann Wan Seng juga bersetuju bahawa terdapat usaha halus oleh masyarakat Kristian untuk memurtadkan umat Islam di negara ini.

Umpama garam di makanan

"Ia cukup halus umpama garam di makanan anda. Awak tidak boleh melihatnya, rasanya tidak terlalu masin tetapi awak akan tahu ia ada di situ. Dan ia cukup berkesan,” katanya.

Ann juga mendakwa Petaling Jaya di Selangor adalah pusat aktiviti Kristian dan usaha mereka mengkristiankan penduduk semakin berani dan terbuka.

ann wan seng pembela seminar on islam under seige Mengulas lanjut, Ann - yang lebih 15 tahun memeluk Islam menyifatkan ia sebagai gejala sepanjang zaman dan perkara tersebut tidak boleh dipandang sebelah mata.

Dakwanya, bilangan umat Islam yang telah murtad mencecah lebih 200 ribu orang dan beliau berani bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuatnya itu.

Menurutnya angka tersebut diperolehi daripada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang  memberitahunya maklumat tersebut diperolehi dari sumber yang sahih.

"Sampai sekarang beliau mempertahankan kenyataannya. Dan ia mungkin bertambah. Itu tiga tahun yang lepas," katanya.

Ann turut mendakwa berlakunya penyebaran ajaran Kristian di Johor Bahru termasuk pengedaran risalah disebar sebuah universiti di negari itu.

Beliau juga turut menegur beberapa ulama agar membincang dan menyelesaikan masalah yang lebih besar antaranya berkaitan denagn saudara baru yang baru memeluk Islam.

Belum dirasai

Wakil Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik turut bersependapat dengan Ann berhubung perasaan tergugatnya Islam di negara ini belum dirasai oleh masyarakat Islam.

Katanya ia disebabkan kerana isu yang timbul dilihat secara terpisah-pisah bukan secara kesatuan.

speakers pembela seminar on islam under seige Dengan memberi contoh apa yang berlaku di Iraq dan umat Islam di Malaysia melihat "itu bukan masalah kita".

"Ini disebabkan kita rasa selesa. Makan kita tidak tergugat, kerja kita (tidak tergugat)...," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam tanpa mengira latar belakang mesti bersatu mempertahankan Islam dengan menyusun gerak kerja serta menguat persefahaman.

Bagaimanapun Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengambil sikap bahawa Islam tidak tergugat di Malaysia.

Sebaliknya katanya ia tergugat dari sudut perlaksanaannya yang menjurus kepada memperkecil-kecilkan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Dengan memberi contoh antaranya terdapat sebuah negeri di utara Malaysia di mana fatwa mufti tidak diwartakan atas arahan exco agama.

Campuri urusan agama

"Mufti dapat surat daripada exco, ubah fatwa yang diputuskan, saya kira ia mencampuri urusan agama.

"Surat itu bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

abdullah zaik pembela seminar on islam under seige Manakala presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin berkata umat Islam perlu kepada kesepakatan dakwah di kalangan NGO.

"Kita tidak bergantung harap kepada parti politik dan orang lain.

"Kita perlu persepakatan, apakah perkara-perkara asas dipersetujui bersama dengan institusi dan parti-parti politik Islam.

"Perkara asas ini tidak (boleh) dipolitikkan atau digadaikan.

"Saya sifatkan sebagai satu piagam untuk kepentingan Islam supaya tidak ada orang yang menyalahinya," katanya.

Selain itu, Zaid juga turut menggesa agar memperkukuhkan solidariti dan ukhwah di kalangan umat Islam sebagai benteng yang kukuh demi kepentingan Islam.

"Pertubuhan Islam perlu rapat dan berpadu serta berhubungan baik dan melaksanakan kerjasama dan menjalankan (program) melalui konteks gabungan.

"Perkara ini harus dididik dan dipupuk melalui jalinan dengan melakukan kerjasama," katanya.

ADS