BERITA

Dewan Ulama lulus usul tolak video seks

Abdul Rahim Sabri

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Jun 2011, 2:11 tengahari

Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas dibahaskan.

Menurut usul itu, video itu disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat secara terancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.

Ia juga akan dibawa untuk dibincangkan dalam muktamar utamanya yang akan bermula esok.

NONE Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi tetap Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam muktamar dewan itu di markaz tarbiah PAS di Gombak, Kuala Lumpur.

Ketika membentangkan usul itu, wakil Dewan Ulama Kelantan Nik Razi Nik Mat mengutuk kerajaan Malaysia yang didakwanya membenarkan penyebaran video itu.

"Kerajaan Malaysia tidak ada imej. Dahulu perdana menteri yang memerintah 22 tahun menuduh bekas timbalannya liwat (sic), pada masa penerapan nilai-nilai Islam (dilakukan)," kata adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Selain itu, Nik Razi juga membidas mufti yang didakwanya tidak memberikan sebarang pandangan dari perspektif Islam berhubung isu berbangkit itu.

Sasar pengundi Melayu

Menyokong usul tersebut, perwakilan dari Kedah mendakwa fitnah video seks itu digunakan oleh BN bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

alleged four full sex videos on youtube 290411 13 Katanya, BN tidak mempunyai modal kerana setiap isu yang dibangkitkan, mampu ditolak oleh Pakatan Rakyat.

Bahkan, menurut perwakilan itu, video seks itu digunakan untuk menghilangkan kepercayaan PAS terhadap Pakatan.

"Mereka sebenarnya sasar pengundi Melayu... PAS bertanding 65 peratus di kawasan Melayu.

"Jadi PAS akan hadapi risiko dengan (fitnah) video ini," katanya sambil mendakwa terdapat di kalangan pengundi percayai pada video itu.

Perwakilan itu juga mendakwa, ulama dalam Umno sebagai "syaitan bisu" kerana berdiam diri walaupun ada yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.