BERITA

'Sejak bila pula kemeja-T dianggap cetus perang?'

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Jun 2011, 12:59 pagi

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim hari ini berkata penangkapan dan tahanan reman ke atas 34 petugas parti itu, termasuk ahli parlimen Dr D Jeyakumar, menunjukkan BN gentar dan mahu terus berkuasa.

dr nasir hashim Beliau bertanya bagaimana pula kemeja-T, yang dijual secara meluas di Pasar Seni dan di tempat lain, boleh dianggap sebagai memerangi Yang di-Pertuan Agong, sedangkan mereka tidak bersenjata.

"Kami telah menyertai pilihan raya yang diadakan secara demokratik sejak 1999 dan tidak ada sebarang niat untuk mengguling atau memerangi Yang di-Pertuan Agong," tegasnya.

Sebaliknya, kata beliau, tindakan ke atas petugas parti itu di Pulau Pinang kelmarin, menunjukkan pihak berkuasa dan BN gentar dengan membuat dakwaan palsu mengaitkan parti itu dengan komunis.

Katanya, PSM sentiasa menjadi parti akar umbi dan (setiausaha agung) S Arutchelvam, Jeyakumar dan beliau sentiasa turun padang, memperjuangkan isu-isu pekerja termasuk gaji minimum dan hak-hak asas untuk pekerja ladang.

Katanya, mereka juga tidak bersetuju dengan cukai perkhidmatan dan oleh itu mengapa mereka perlu terlibat dalam penderhakaan.

NONE Arutchelvam yang turut hadir dalam sidang akhbar itu, berkata parti itu menyokong idea berhaluan kiri dengan PKMM, API, AWAS dan pergerakan PKM, tetapi bukan untuk menghidupkan semula komunisme.

Beliau juga menegaskan bahawa ahli-ahlinya sudah menjelajah seluruh negara sebagai sebahagian daripada kempen 'Udahlah' yang menggesa supaya ditamatkan 54 tahun pemerintahan BN.

"Ini tidak ada kena mengena dengan kempen BERSIH 2.0 yang kami sokong, tetapi adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang isu-isu nasional," tegasnya.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.