BERITA

PERKASA: Majlis Peguam 'bastard'

Abdul Rahim Sabri

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Jun 2011, 1:48 pagi

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mencerca Majlis Peguam yang didakwanya hipokrit dan dwi-standard dalam sesuatu kenyataan.

NONE Katanya kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis tersebut "menyokong (pihak) yang menentang kerajaan".

"Majlis Peguam ini tak boleh ikut. Majlis Peguam, pada pandangan saya, adalah bastard (anak haram) punya council (majlis).

"Sebab mereka hipokrit dan double standard . Semua yang Majlis Peguam sokong, (mereka) yang lawan kerajaan, kebanyakkannya.

NONE "Tengok, dia marah, ada ahli PERKASA bakar gambar (pengerusi BERSIH) S Ambiga. Waktu ada penyokong India, atas isu Interlok , gambar Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin dibakar, mana kenyataan daripada Majlis Peguam?

"Jadi dia double standard . Saya tak hormat langsung dekat Majlis Peguam," katanya.

Ibrahim turut dengan mempersoalkan pendirian Majlis Peguam berhubung penyiaran gambar menghina Islam menggambarkan seekor babi berada di atas kaabah atau seekor anjing membaca surah Yassin.

"Apa yang Majlis Peguam buat?" soalnya lagi yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

'Kebebasan bukan cek kosong'

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan Majlis Peguam yang menyatakan bahawa tindakan bekas presiden Umno pernah berdemonstrasi sewaktu menentang Malayan Union sebelum merdeka.

NONE Dalam sidang media itu juga, Ibrahim turut membidas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam ( kanan ) yang berkata rakyat mempunyai hak untuk berhimpun seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Dari segi perlembagaan memang benar... Memang dari segi prinsipnya begitu, tetapi ia juga tertakluk dengan undang-undang yang terikat dalam negara kita.

"Ia bukannya cek kosong, yang mana setiap  orang boleh berdemonstrasi atas nama kebebasan bersuara... kita ada undang-undang seperti Akta Polis yang perlu dibaca sekali. Kemudian, kita tengok pula isu yang munasabah," katanya.

Katanya, sepatutnya Hasmy mencadangkan supaya perhimpunan diadakan di tempat tertutup seperti di stadium yang disifatkannya sebagai selamat dan tidak mungkin berlakunya huru hara.

"Nak menyampaikan pandangan, tidak semestinya di jalan raya. Boleh buat di stadium, boleh pasang video, dan layar besar (untuk) sampaikan memorandum. Itu juga menyampaikan suara, menyampaikan pandangan," katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.