BERITA

'Saya dipukul ketika dalam tahanan SPRM'

Hazlan Zakaria

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Jul 2011, 10:41 pagi

Seorang pegawai kastam memberitahu inkues yang menyiasat punca kematian timbalan ketua pengarah Kastam Selangor Allahyarham Mohd Sarbaini Mohamad bahawa beliau dipukul ketika ditahan bersama rakannya itu.

"Pada hari sebelum saya dibebaskan, saya sakit dan terpaksa dibawa ke klinik.

NONE "Sebelum saya dihantar ke lokap, sepatutnya kenyataan saya dicetak. Dalam perjalanan, saya dipukul dari belakang. Ada seseorang yang memukul kepala saya. Saya tidak dapat melihat siapa atau tidak tahu mengapa saya dipukul,” kata Abdul Rahim Abdul Kadir ( kiri ).

Rahim, adalah saksi ke-24 yang dipanggil oleh inkues itu yang diketuai oleh majistret Aizatul Akmal Maharani yang bertindak sebagai koroner.

Katanya, beliau merasakan kesakitan yang menyucuk kepalanya selepas itu. Namun beliau tidak diberi rawatan berhubung kecederaannya itu.

Inkues yang masuk hari kesembilan ini adalah untuk menentukan punca kematian Sarbaini yang dijumpai tidak bernyawa di gelanggang badminton tingkat lima di bangunan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu selepas didakwa terjatuh.

Sarbaini ditahan bersama Rahim, 41, pada 1 April ketika operasi membanteras gejala rasuah di kalangan pegawai kastam dan kargo yang dinamakan Operasi 3B.

Pegawai kastam kanan itu dilaporkan ke pejabat SPRM pada 6 April lalu bagi menukar pengakuan yang dibuatnya pada 4 April.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.