Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah

Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

NONE Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.

Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.

Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.

“Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.

NONE “Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini,” kata laporan itu.

Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.

Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.

ADS