Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Guna FBC tak langar mana-mana undang-undang

Sekiranya FBC Media yang berpangkalan di UK dan digunakan oleh kerajaan untuk kerja-kerja komunikasi melakukan apa-apa kesalahan atau melanggar mana-mana undang-undang, ia tidak membabit unsur-unsur jenayah.

NONE “FBC ini dia mempunayai masalah melanggari peraturan di negara dia, saya difahamkan dia lebih rupai conflict of interest , ada perkara patut diisytiharkan, gagal diisytiharkan.

“Perkara-perkara dituntut untuk diisytiharkan di United Kingdom. Lebih merupakan melanggar peraturan United Kingdom, tak ada kena mengena dengan perkara yang boleh dianggap jenayah yang boleh menjejaskan penggunaan kita terhadap FBC sebagai agensi untuk membantu kita,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat semasa sesi soalan hari ini.

Menjawab soalan daripada Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai), Nazri berkata kontrak tiga tahun kerajaan dengan FBC Media yang dilantik sebagai perunding komunikasi bagi tempoh 2007-2010, dengan kos 19.6 juta Euro, berjaya memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara-negara barat.

"Oleh kerana kita gunakan FBC, kita lihat tahap penerimaan negara-negara Barat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ada meningkat," kata Nazri.

Rancangan FBC yang memaparkan Malaysia juga menyaksikan berita mengenai negara ini mendapat tempat di media-media negara Barat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS