Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei merayu kepada jawatankuasa pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya supaya dibenarkan mengundi di luar negara.

Dalam sesi pendengaran PSC di Sabah, wakil mereka, Ng Kinn Sing membaca petisyen bagi pihak Teo Ai Im, menceritakan pengalaman rakyat Malaysia yang menyaksikan pengundian dijalankan di luar negara oleh negara jiran, tetapi mereka tidak berpeluang untuk mengundi bagi negara sendiri.

"Tahun ini, Thailand telah mengadakan pilihan raya umum pada bulan Julai. Seawal Mei, kedutaan Thai di Brunei mula menghubungi setiap warganegara Thai di sini untuk memaklum dan menggalakkan mereka pergi dan mendaftar untuk mengundi, di sini di Brunei.

"Rakan-rakan rakyat Filipina dan Indonesia, seperti juga rakyat Thai, dibenarkan untuk mengundi di pejabat kedutaan masing-masing. Mengapa kerajaan Malaysia tidak boleh buat demikian? ... Apakah kerajaan kita lebih ke belakang daripada jirannya?"

Beliau kemudian menyerahkan kepada panel PSC petisyen yang ditandatangani oleh 38 rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei, yang kebanyakannya dari Sabah dan Sarawak, menuntut hak untuk mengundi di luar negara.

Pendengaran awam PSC itu diadakan di Kota Kinabalu.

Kemudian, seorang aktivis rakyat Sarawak, Lau Shu Shi, yang bekerja di Kuala Lumpur, membuat rayuan yang sama supaya rakyat Sarawak dan Sabah yang bekerja di Semenanjung, dibenarkan mengundi di sana, manakala penduduk dari Semenanjung Malaysia pula dibenarkan mengundi di Sabah dan Sarawak.

"Untuk balik mengundi adalah amat mahal bagi saya. Ketika pilihan raya terakhir di Sarawak, apabila saya balik mengundi, kosnya satu perempat gaji saya.

"Jika saya perlukan satu perempat gaji saya, tak dapat saya bayangkan berapa banyak orang hidup di kampung berbelanja. Terdapat ramai rakyat Sarawak yang bekerja di kilang. Mereka tak kan mampu membelanjakan begitu banyak."

[Baca berita penuh]

ADS