BERITA

SPR sedia guna dakwat kekal jika dilulus Majlis Fatwa

Hazlan Zakaria

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Dis 2011, 11:07 tengahari

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.

NONE "Setiausaha SPR Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan kepada kami bahawa mereka sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah,” kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat ahli-ahli parlimen DAP bersama Kamaruddin selama hampir sejam di Puitrajaya hari ini.

Bagaimanapun, seorang lagi ahli parlimen DAP, Teresa Kok yang hadir bersama sidang media itu, berkata Kamaruddin memberitahu mereka bahawa cadangan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi sebagai pengundi tidak hadir masih dikaji dan tidak akan dikasanakan segera.

Kedua-dua syor penggunaan dakwat kekal dan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi adalah antara sepuluh cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat, minggu ini.

NONE Agensi seperti SPR yang dinamakan dalam laporan itu diberikan tempoh dua minggu bagi melaksanakan cadangan berkenaan.

Sementara itu, mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, beliau bersetuju dengan cadangan dakwat kekal digunakan bagi mengelakkan tohmahan berlaku penyelewengan dalam pilih raya.

“Dunia Islam lain dah terima. Mereka juga ada ulama dan ilmuan agung. (Jadi) setuju sangat agar tohmahan dihilangkan dan setara keadilannya,” katanya dalam sms ringkas kepada Malaysiakini .

Menurut beliau penggunaan dakwat kekal bukan sesuatu yang baru tetapi telah juga di beberapa negara, termasuk Bangladesh dan Indonesia.

Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.