Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Inkues bagi menentukan punca kematian pemandu teksi Baharuddin Ahmad yang turut serta pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai di Kuala Lumpur tahun lalu, bermula hari ini.

NONE Ia diadakan di hadapan koroner Zulkpli Abdullah di Mahkamah Koroner Kuala Lumpur.

Beliau dibantu oleh timbalan pendakwa raya Kalmizah Salleh dan Ahmad Israq, manakala peguam Ahmah Jufliz Faiza bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga itu.

Lebih tiga puluh saksi akan dipanggil memberi keterangan dengan lima daripada mereka tampil  hari ini.

Antara mereka ialah Konstabel Mohd Hafiz Ahmad, jurugambar polis yang merakamkan gambar-gambar semasa bedah siasat Baharuddin di Hospital Kuala Lumpur dan menghantar spesimen prosedur ke makmal Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Saksi kedua ialah Shahirah Diyana Shaharuddin, seorang guru ganti  yang cuba membantu apabila beliau mendapati pemandu teksi itu pengsan dan menelefon paramedik dan ambulans.

funeral baharudin bersih protester Baharudin, yang dalam lingkungan umur lima puluhan didakwa cuba melarikan diri daripada asakan FRU dan semburan gas pemedih mata.

Polis mendakwa bahawa kematiannya adalah disebabkan serangan jantung walaupun rakan-rakan peserta BERSIH mendakwa bahawa kematiannya disebabkan pendedahan jumlah gas pemedih mata berlebihan yang digunakan oleh polis ketika cuba menyuraikan demonstrasi tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan guru ganti Syairah Diyana Shaharuddin, 28, berkata semasa kejadian, ketika lari menyelamatkan diri, beliau nampak Baharudin dalam keadaan duduk melunjur sambil kepalanya menunduk ke bawah dalam bangunan Avenue K di Jalan Ampang.

"Ketika lari bertempiaran menyelamatkan diri, saya masuk ke pintu di Avenue K, saya merayu untuk masuk ke bangunan itu, dan saya dapat sedikit ruang untuk masuk.

funeral baharudin bersih "Ketika itu saya nampak lelaki berusia 50-an dalam keadaan sedemikian lantas saya menjerit meminta tolong," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh.

Beliau berkata beberapa lelaki cuba membantu Baharudin dengan membasahkan bibirnya dengan air serta membacakan ayat suci Al-Quran, namun masih mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas.

"Apabila melihatkan keadaan pakcik yang tiada tindak balas, saya menghubungi talian kecemasan 999, saya diarahkan oleh talian kecemasan itu supaya membuat pengiraan nadi pakcik itu, dan saya dapati nadinya sangat perlahan iaitu dalam kiraan lima atau enam," katanya.

Syairah Diyana berkata 15 minit kemudian ambulans tiba dan pegawai kesihatan memberi bantuan oksigen kepada mangsa namun tidak ada tindak balas dan lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Selepas itu pakcik itu dibawa ke hospital dan saya turut mengikutnya, tetapi saya duduk di bahagian depan sebelah pemandu, maka saya tidak tahu bagaimana keadaan pakcik itu kerana dia berada di belakang bersama dua pegawai kesihatan," kata saksi kedua prosiding inkues itu.

baharudin ahmad funeral bersih 3 Beliau kemudian dimaklumkan bahawa Baharudin telah meninggal dunia 15 minit sebelum itu oleh seorang doktor di HKL.

Sementara itu, isteri Baharudin, Rosni Malan, 55, berkata beliau mengetahui punca kematian suaminya daripada orang ramai yang mendakwa mangsa turut terkena gas pemedih mata yang ditembak ke arah mereka.

Bekas kerani di sebuah kilang eletronik itu turut memberitahu suaminya tidak menghidap sebarang penyakit kronik, sebaliknya hanya pernah mengalami tekanan darah tinggi sembilan tahun lepas, namun tidak serius dan sudah pulih.

Saksi keempat itu berkata pada pagi 9 Julai tahun lalu, beliau sempat bersarapan bersama suami serta anak mereka selepas solat Subuh berjemaah sebelum melakukan rutin harian masing-masing dan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan luar biasa.

NONE Anak kedua Baharudin, Muhammad Nasur pula berkata beliau tahu mengenai kejadian yang menimpa bapanya melalui Syairah menerusi panggilan telefon dan ketika mereka berjumpa di hospital.

Sementara itu, saksi pertama, jurufoto polis Konstabel Mohd Hafidz Ahmad, dari Balai Polis Dang Wangi berkata beliau diarah merakam gambar bedah siasat Baharudin sebanyak 41 keping.

Keluarga Baharudin diwakili peguam Ahmad Jufliz Faiza, Chan Chew Weng dan Ahmad Zamri Assad Khuzaimi. 

Perbicaraan di depan Koroner Zulkpli Abdullah disambung esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS