Anwar: Pakatan tak berniat kejar majoriti dua pertiga

       

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pakatan pembangkang tidak berniat untuk mengejar majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen.

Menurutnya, asalkan Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah dalam pilihan raya umum akan datang, ia akan memulakan tugas memulihkan institusi-institusi negara yang sedang tenat.

anwar youth dialogue 100312 anwar "Siapa kata kita mahu majoriti dua pertiga? Pakatan hanya mahu menang. Jika kita boleh capai ini ... perkara yang paling penting adalah

untuk memperbaiki institusi kami, termasuk badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam," katanya semasa berdialog dengan belia di Kuala Lumpur.

'Pendidikan percuma untuk semua'

Anwar juga menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya akan memastikan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan ini akan memansuhkan keperluan untuk PTPTN  (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

Ditanya mengapa beliau tidak memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) semasa menjadi menteri pelajaran, Anwar mengakui bahawa ia adalah sukar untuk melawan bos, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Anwar berkata beliau telah mencadangkan draf Akta Pendidikan yang merangkumi universiti yang boleh menjadikan AUKU tidak relevan, tetapi menegaskan ia tidak bergerak di bawah menteri pendidikan berikutnya.

Sementara itu, salah seorang peserta dialog tersebut secara terus terang tetapi berseloroh bertanya siapakah yang akan menggantikan Anwar sekiranya beliau meninggal dunia.

Secara berseloroh juga, Anwar menjawab: 'Saya belum pun mula, awak sudah mahu ganti".

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa isu itu bergantung kepada proses demokrasi, di mana dalam konteks PKR, penggantinya akan terdiri daripada pemimpin parti itu sekarang.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda