Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap National Feedlot Corporation (NFC) menghadapi rintangan yang tidak dijangkakan hari ini apabila wakil syarikat itu yang tampil hanya mendiamkan diri atas nasihat peguam mereka.

"Wan Zurina Saaran adalah pengurus besar sumber manusia dan beliau diiringi oleh dua orang peguam.

NONE “Peguam-peguam itu yang paling banyak bercakap dan kata mereka bahawa oleh kerana kes berkenaan mungkin mengheret pelanggan mereka, maka mereka arahkan beliau untuk tidak menjawab soalan," kata ahli PAC ahli yang juga ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Menurut Abdul Rahman lagi,  PAC kemudian berhujah bahawa pengurus besar NFC boleh memilih menjawab soalan yang selamat, seperti yang dilakukan ketika bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy, disiasat oleh jawatankuasa itu berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Peguam NFC pula berhujah bahawa anak guamnya datang bukan atas arahan atau jemputan langsung daripada PAC tetapi diminta untuk hadiri oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Kami akan menulis surat lain, untuk mengeluarkan jemputan dari PAC kepada NFC bagi mereka menghadiri secara langsung," kata Abdul Rahman sambil menambah bahawa ini mungkin mengambil sedikit masa.

Mesyuarat pada jam 9 pagi itu hanya berlangsung kira-kira setengah jam dan terpaksa dijadualkan semula tarikh lain selepas PAC mengeluarkan surat rasmi kepada NFC.

[Baca berita penuh]

ADS