Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak mengeluarkan poster 'Himpunan Oren' yang memaparkan wajah dua orang pemimpin Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah.

NONE "Kita tidak buat (poster itu). Kita tidak terbit mana-mana poster. Kita menggunakan (promosi melalui) kiriman SMS kerana kita yakin ia lebih popular," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Mazlan berkata poster dengan wajah Abdullah dan Tengku Razaleigh itu mungkin dihasilkan oleh individu tertentu susulan kenyataan Abdullah dan Razaleigh berhubung Felda sebelum ini.

"Saya yakin Tun Abdullah tidak gembira dengan cadangan penyenaraian Felda. Beliau sangat patriotik dan berfikiran jauh. Dia konsisten dengan pendirian itu," katanya.

Mengulas lanjut, Mazlan yakin bahawa Abdullah masih konsisten bahawa penyenaraian Felda di bursa saham "tidak baik" kepada peneroka.

NONE Malah, Abdullah juga pernah membatalkan cadangan untuk menyenaraikan Felda Holdings selepas mengambil alih pentadbiran dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pemimpin Umno berkenaan telah dijemput untuk menyertai perhimpunan anjurannya.

Namun, kedua-dua pemimpin tersebut belum memberi jawapan kepada jemputan tersebut, katanya lagi.

"Gambar pemimpin (itu) yang ditunjukkan tidak bermaksud mereka akan menyertai perhimpunan. Kami tak kata (mereka akan hadir).

"Kalau kain rentang ceramah ada gambar saya, tidak semestinya saya hadir. Kalau untuk daya tarikan (untuk hadir), Wallahua'lam.

GSF akan mengadakan perhimpunan itu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Julai ini bagi menyerahkan memorandum memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Mazlan berkata, GSF akan menghantar SMS kepada setengah juta pemilik telefon bimbit seluruh negara untuk memberi makluman berhubung perhimpunan itu, esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS