BERITA

Janji Demokrasi: Jumlah peserta bukan isu

Koh Jun Lin

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Ogs 2012, 9:03 pagi

Jurucakap kepada jawatankuasa kerja untuk perhimpunan Janji Demokrasi, Hishamuddin Rais berkata jangkaan menteri dalam negeri bahawa perhimpunan itu hanya akan menarik penyertaan yang kecil tidak akan menjadi isu.

Katanya, soalnya adalah orang yang hadir pada malam itu dalam dengan memakai pakaian warna kuning – warna yang dipilih untuk kempen BERSIH dan bukannya jumlah peserta perhimpunan.

NONE Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata keganasan yang berlaku pada 28 April menjadi "pengajaran" bagi banyak pihak.

Perkara itu, menurut Hishammuddin, menyebabkan ramai yang tidak berminat untuk hadir ke perhimpunan yang dirancang diadakan semasa ketika sambutan di ambang hari merdeka, 30 Ogos.

Kenyataan menteri itu timbul susulan ancaman oleh kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) untuk bertindak agresif ke atas perhimpunan malam 30 Ogos itu.

Himpunan Janji Demokrasi sebelum ini dipromosi sebagai nama Janji BERSIH.

Nama perhimpunan itu ditukar kepada Janji Demokrasi memandangkan pergerakan tersebut tidak dikaitkan dengan gabungan NGO BERSIH, walau sebagiannya merupakan anggota gabungan badan tersebut.

Kumpulan yang menerima sokongan 47 NGO itu merancang untuk berhimpun di Dataran Merdeka dengan memakai pakaian berwarna kuning untuk mengingatkan kerajaan supaya memenuhi janji untuk penambahbaikan pilihan raya.

Nama itu juga disesuaikan dengan tema Janji Ditepati yang dijadikan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-55.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.