Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas pertemuan dengan penganjur hari ini, polis Dang Wangi masih tidak menyatakan dengan jelas sama ada membenarkan atau menolak dua perhimpunan yang dirancang pada malam ambang merdeka menjelang 31 Ogos di Kuala Lumpur.

NONE "Tiada ya atau tidak daripada polis... Jadi kami merayu supaya polis membenarkan acara pengiraan detik (ulang tahun kemerdekaan)," kata penganjur perhimpunan "Janji Demokrasi" Maria Chin Abdullah.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSBBC) berkata, polis hanya memberi penerangan berhubung Akta Perhimpunan Aman 2012 dan kebimbangan mereka pada keselamatan peserta.

Kedua-dua pihak berkata pertemuan dengan polis hari ini di ibu pejabat daerah (IPD) di ibu negara itu berlangsung penuh mesra.

Perhimpunan PJSBBC dijadual pada 8.30 hingga 9.30 malam untuk mempertahankan bangunan bersejarah di sepanjang jalan daripada dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek MRT.

'Gabungan Janji', yang didokong 49 NGO, menganjur pengiraan detik 'Janji Demokrasi' di ambang merdeka di Dataran Merdeka bermula jam 10 malam untuk mendesak kerajaan memenuhi janji untuk memastikan pilihan raya bersih dan adil. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Maria sebagai berkata, pihaknya bersetuju tidak menggungkan kaun rentang, pelekat atau berucap dalam perhimpunan malam itu.

"...cuma Pak Samad (A Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja.

"Kita berjanji perhimpunan itu akan diadakan dalam keadaan harmoni dan aman," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.

Polis: Tiada lampu hijau untuk 'Janji Bersih'

ADS