Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Pakatan lancar 'buku jingga' Agenda Wanita M'sia

Abdul Rahim Sabri

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Pakatan Rakyat malam tadi melancarkan 'buku jingga' Agenda Wanita Malaysia (AWM) yang menggariskan tujuh tuju-tumpu wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini.

NONE Agenda digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat sekaligus melaksanakannya jika  berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Majlis pelancaran agenda tersebut disempurnakan oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Selangor di Shah Alam.

NONE Turut bersama merasmikan majlis pelancaran itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat.

Tujuh tuju-tumpu yang terkandung buku agenda yang bertemakan "Wanita Berdaya Negara Sejahtera" - yang turut diedarkan kepada kira-kira 1,200 hadirin - merangkumi:

  • Dasar pendidikan yang "celik dan cerdik" terhadap wanita dengan menerapkan Falsafah Hormat Wanita dan peka gender dalam agenda pendidikan negara.
  • Memberi perhatian khusus kepada kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti kepada wanita.
  • Merangka program, menyelaras, menggalak dan membuka peluang dengan penglibatan wanita bidang ekonomi.
  • Merangka dan mengenalpasti agenda yang mementingkan kesejateraan sosial dan keselamatan di kalangan wanita.
  • Menyusun dan menyebarluas program pendemokrasian dan pendidikan politik di kalangan wanita secara berimbang di seluruh negara.
  • Melakukan pemberdayaan dan penguatkuasaan undang-undang serta penambaikan terhadap akta dan dasar yang tertumpu antaranya kepada jenayah keganasan, gangguan seksual, keganasan rumah tangga, diskriminasi dan pemerdagangan wanita.
  • Memberdaya golongan Wanita Muda yang berumur 18 hingga 35 tahun dari aspek pengukuhan jati diri, pemantapan keluarga, pemberdayaan ekonomi mandiri dan keseimbangan kerjaya.