Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kemungkinan beliau dipindahkan ke pentadbiran persekutuan bukan pendirian yang dibuat Pakatan Rakyat.

"Keputusan mengenai siapa akan bertanding dalam pilihan raya, siapa akan (jadi MB), hanya akan diumumkan sekiranya perlu.

"Jadi kebiasaannya komen-komen ini, bukanlah komen daripada Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan," kata Khalid.

NONE Beliau mengulas kenyataan Azmin yang dilaporkan menimbulkan kemungkinan bahawa Khalid akan ditukar sekiranya Pakatan menang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid bagaimanapun melihat kenyataan Azmin itu dari sudut yang positif.

Dengan berjenaka, beliau berkata perkara itu juga menunjukkan beliau bukan sahaja dilihat mampu berkhidmat di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan.

'Bukan pelaksanaan exco'

"Ini bukan sebahagian daripada pelaksanaan exco... Saya fikir, saya baca kenyataan itu daripada pandangan yang positif.

"Nampaknya saya pun boleh bekerja di kerajaan persekutuan. Dan saya pun boleh bekerja di kerajaan negeri. Saya tengok secara positif," kata Khalid sambil ketawa kecil.

Azmin juga lewat petang ini meminta semua pihak, termasuk media tidak melaga-lagakannya dengan Khalid berhubung dakwaan berkenaan.

NONE MP Gombak itu berkata, pandangannya mengenai "peranan" Khalid di peringkat pusat disalah lapor oleh akhbar Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Khalid juga berkata beliau akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan setiausaha kerajaan negeri berhubung isu pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Roslan Sakiman.

"Buat masa ini, ia kekal status quo sehingga pada satu masa, perbincangan selesai diadakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, Setiausaha kerajaan negeri dan saya sendiri," katanya.

Menurutnya, beliau juga telah menulis surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bagi membincangkan keputusan JPA berhubung cadangan perlantikan tersebut.

"Jadi saya pasti akan menyelesaikan (perkara ini) dengan pihak yang bertanggungjawab sehingga kami menghasilkan satu keputusan," katanya.

Beliau turut mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) berhubung sebidang tanah milik yayasan itu.

Katanya, kerajaan negeri menerima keputusan mahkamah yang membatalkan keputusan merampas dan menolak bayaran cukai ke atas tanah milik PYBK, dan akan merayu jika perlu.

"Tetapi keputusan mahkamah itu untuk satu bidang tanah sahaja tetapi tanah yang mereka tidak membayar premium, tidak akan dipersoalkan dalam pengambilan balik tanah oleh kerajaan negeri," katanya.

ADS